• Semasa

    Kes Cerai Ziana, Armin 28 Jun Ini





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kes Cerai Ziana, Armin 28 Jun Ini. MAHKAMAH Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 28 Jun ini sebagai tarikh sebutan bagi mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai berhubung kes perceraian penyanyi terkenal, Ziana Zain.

    Kes Cerai Ziana, Armin 28 Jun Ini


    Hakim Syarie Mohd Nizar Mohtar memutuskan demikian selepas suami Ziana, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, enggan melafazkan talak secara baik kerana mahu menemui semua anaknya.

    "Berikutan faktor itu (anak-anak), saya beranggapan kamu sebagai defendan (Armin) tidak bersetuju untuk melafazkan talak terhadap plaintif (Ziana).

    "Justeru, mengikut Seksyen 47(5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, saya akan mengagihkan laporan kedua-dua pihak kepada Jawatankuasa Pendamai yang dipengerusikan oleh Pejabat Agama Daerah Petaling.

    "Perkara berkaitan hak penjagaan anak pula perlu dilakukan di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah," katanya.

    Pada prosiding itu, Ziana turut diwakili adiknya yang juga penyanyi, Anuar Zain, manakala Armin diwakili rakannya, Azizi Yaakob.

    Terdahulu, Armin memberitahu mahkamah mahu melafazkan cerai, namun memerlukan persetujuan bersama berkaitan semua anaknya yang tidak ditemui sejak Mac lalu.

    Laporan penyanyi Madah Berhelah itu antaranya menyatakan isu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera membabitkan anak mereka.

    Pada 3 April lalu, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah di sini, namun Armin dikatakan tidak bersetuju melafazkan cerai dan meminta kes itu dibawa ke Jawatankuasa Pendamai.

    Sementara itu, Ziana ketika ditemui berkata, dia hanya mengikut prosedur ditetapkan polis yang tidak membenarkan semua anak mereka menemui Armin sepanjang kes perbicaraan.

    "Saya bukannya zalim dan tidak mahu membenarkan dia berjumpa anak. Namun, saya perlu mematuhi arahan polis kerana mereka menjadi saksi kes penderaan seorang daripada anak kami.

    "Kini, saya lebih tenang dan berharap memperoleh keputusan yang baik oleh mahkamah bulan depan," katanya.

    Awal Mac lalu, Armin yang juga bekas pramugara kanan syarikat penerbangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan pindaan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya menggunakan rotan di sebuah rumah di Denai Alam, 24 Februari lalu. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad