• Semasa

    Lima Sekeluarga Maut Dipanah Petir





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Lima Sekeluarga Maut Dipanah Petir. PHNOM PENH : Lima sekeluarga, termasuk kanak-kanak berusia empat maut dipanah petir di barat daya Kemboja semalam.


    Lima Sekeluarga Maut Dipanah Petir


    Ketua Polis dari bahagian jenayah kecil, Lay Meng Laing berkata, kesemua mangsa sedang berlindung dari hujan lebat di kawasan pergunungan daerah Thmar Baing dalam wilayah Koh Kong.

    Semua negara tropika di ASEAN yang memiliki banyak sungai dan tasik sering terdedah kepada ribut petir, satu masalah dipercayai berpunca daripada perubahan mendadak cuaca.

    Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Nasional Kemboja, Keo Vy berkata, jumlah kematian akibat dipanah petir kini mencecah 50 orang sejak Januari manakala 41 kematian dicatatkan tahun lalu sepanjang tempoh yang sama.

    Menurutnya, kerajaan telah melaksanakan seminar pendidikan bagi memberi amaran kepada penduduk di kawasan luar bandar berhubung ancaman berkenaan selain menggalakkan mereka untuk tidak berteduh di bawah pokok atau berdiri di kawasan berair.

    Haiwan ternakan turut menjadi mangsa fenomena alam ini dengan sejumlah 36 ekor lembu dilaporkan mati dipanah petir sejak Januari. - AFP

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad