• Semasa

    Mereka tiada hak serang Speedmart 99 jual arak! malah mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Mereka tiada hak serang Speedmart 99 jual arak! malah mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang | PETALING JAYA: Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata badan bukan kerajaan tidak perlu menyerbu kedai serbaneka menjual arak kerana tindakan harus melalui pihak berkuasa atau berunding dengan pengurusan kedai.

    Mereka tiada hak serang Speedmart 99 jual arak! malah mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang




    Adun Manjoi berkata dari segi undang-undang NGO yang dikenali sebagai Jabat itu tidak mematuhi undang-undang kerana penyerbuan hanya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa.

    “Mereka juga terdedah kepada (dakwaan melakukan) pencerobohan sekiranya pengurusan (kedai) itu membuat laporan (polis). Dia akan mengundang ‘benda’ yang tak baik,” katanya.

    Beliau juga berkata Jabat boleh juga berunding dengan pihak pengurusan untuk mencari penyelesaian yang baik.

    “Minta mereka secara baik mengeluarkan (botol dan tin arak) atau tidak menjual minuman tersebut,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

    Asmuni mengulas tindakan Jabat memaksa sebuah kedai serbaneka di Manjoi, Perak mengosongkan peti ais berisi arak dan kemudiannya membuat laporan polis. Ia kemudiannya mengisytiharkan berjaya membanteras penjualan arak.

    Asmuni menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menjaga sensitiviti sebelum memberikan lesen menjual minuman keras.

    “Mereka (kedai) menjual (arak) sebab dapat lesen daripada PBT. Tetapi dalam masa sama sensitiviti perlu ada pada pihak PBT.

    “Ketika nak keluarkan lesen itu kena lihat, jangan keluarkan lesen secara pukal, secara borong. Kena tengok di mana dia nak keluarkan.

    “Contoh yang paling elok sekali daging lembu boleh dijual di mana-mana tapi adalah tidak bijak jika dikeluarkan lesen jual lembu di kawasan Buntung di mana penduduknya ramai yang beragama hindu. Jadi isu yang sensitif nanti di situ,” katanya.

    Asmuni berkata dia akan melawat kedai serbaneka berkenaan hari ini.

    “Saya nak bincang dengan pengurusan (kedai) di sana supaya mengambil (kira) sensitiviti penduduk setempat,” katanya.

    Sebelum ini tular di laman Facebook rakaman video menunjukkan sekumpulan pemuda mengelilingi seorang pekerja kedai yang sedang mengosongkan sebuah peti sejuk berisi arak.
    Kumpulan itu dirakam berkata, mereka membuat keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak polis kerana mahu ikut “cara undang-undang” dan berharap kedai serbaneka seluruh Malaysia prihatin dengan isu tersebut.
    “Bukan kita mahu pecahkan apa ke,” kata seorang pemuda. “Kalau tak mahu juga, kena pecahlah. Kita cakap elok-elok pun tak mahu dengar,” kata seorang lagi dalam video itu.
    Dalam video lain pula, kumpulan itu dirakam berada di Balai Polis Manjoi selepas membuat laporan.
    Jurucakap kumpulan itu mengisytiharkan mereka berjaya menghapuskan atau mencegah penjualan arak di kedai serbaneka di Manjoi “yang majoritinya orang Islam dan orang Melayu”.-freemalaysiatoday

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad