• Semasa

    Musa Aman tidak ikut undang-undang Jabatan Imigresen?





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Musa Aman tidak ikut undang-undang Jabatan Imigresen?. KUALA LUMPUR -  Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dikesan tidak mengikut sistem dan undang-undang Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi urusan keluar-masuk di negara ini jika benar beliau kini berada di luar negara.


    Musa Aman tidak ikut undang-undang Jabatan Imigresen?


    Astro Awani melaporkan, Mustafar berkata, berdasarkan rekod jabatan itu, kali terakhir Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah keluar negara dari Lapangan Terbang Subang pada 10 April 2018 kira-kira pukul 8.02 malam menggunakan pasport diplomatik.

    Menurutnya, tiada rekod masuk dan keluar semula dalam sistem rekod yang ada.

    "Jika Musa keluar dari Malaysia tidak melalui pintu diwartakan, tindakan itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Imigresen.

    "Jika Musa gagal mengemukakan pasport untuk keluar Malaysia apabila dikehendaki pegawai Imigresen bertugas, tindakan itu juga adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 2 Akta Pasport," katanya hari ini.

    Ditanya sama ada terdapat rekod dalam sistem jabatan itu perjalanan keluar Musa selepas PRU14, Mustafar berkata, tiada rekod ditemukan.

    Baru-baru ini, Musa yang dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah dikatakan tidak berada di Sabah kerana dipercayai berada di luar negara.

    Semalam, Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman mendoakan kepulangan abangnya,Tan Sri Musa Aman sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

    Anifah berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Musa ialah di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini pada 10 Mei lalu.

    Rabu lalu, media melaporkan, pegawai SPRM membuat serbuan ke kediaman Musa tetapi gagal memasuki kediamamnya kerana tiada seorang pun berada di rumah. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad