• Semasa

    Netizen buat 'petition online' sokong Dr Maszlee





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Netizen buat 'petition online' sokong Dr Maszlee. SHAH ALAM - Selepas dua hari Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dilantik sebagai Menteri Pendidikan, wujud satu kelompok menentang pelantikan tersebut.


    Netizen buat 'petition online' sokong Dr Maszlee


    Alasan yang diberikan adalah Maszlee merupakan sorang yang Islamik dan pendokong penceramah terkenal dari India, Dr Zakir Naik.

    Kumpulan berkenaan membuat petition atas talian bagi menolak lantikan Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.

    Bagi menolak apa yang dilakukan oleh golongan tersebut, netizen kemudiannya membuat petition serupa yang berperanan menyatakan sokongan lantikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Maszlee.

    Sehingga jam 1 pagi, petition tersebut sudah mendapat 58,526 sokongan daripada 75,000 yang disasarkan.

    Pautan petition berkenan boleh diperoleh di https://www.change.org/p/pakatan-harapan-support-dr-maszlee-malik-as-education-minister?utm_medium=email&utm_source=petition_signer_receipt&utm_campaign=triggered&share_context=signature_receipt&recruiter=876629562&j=319113&sfmc_sub=762703976&l=32_HTML&u=57423160&mid=7233052&jb=327857 - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad