• Semasa

    Punca Hero Malaya Zulkifli Dihukum Gantung Bunuh Perompak





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Punca Hero Malaya Zulkifli Dihukum Gantung Bunuh Perompak. Seorang peniaga dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini selepas didapati bersalah kerana membunuh seorang lelaki di Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman pada Disember 2015.


    Punca Hero Malaya Zulkifli Dihukum Gantung Bunuh Perompak


    Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh, Mohamad Zulkifli Ismail, 53, didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh pencari besi, Zulkefle Abdullah, 37, di kawasan rumah di Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan, Kerteh pada jam 10.30 pagi pada 7 Disember 2015.

    Selain itu, bapa kepada tiga anak yang didakwa mengikut Seksyen 326 kanun sama turut dijatuhi hukuman penjara 14 tahun kerana mendatangkan kecederaan parah kepada rakan Zulkefle, Faizul Awang, 34, yang kudung kaki kanan pada hari kejadian.

    Zainal Azman dalam penghakimannya berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan tindakan tertuduh yang mendakwa dia cuba mempertahankan dirinya kerana tertuduh yang bertindak menyerang mangsa. Selain itu, lokasi kejadian tidak berpagar membolehkan tertuduh melarikan diri sekiranya diserang.

    “Ketika kejadian, tertuduh juga mempunyai telefon bimbit, namun tidak digunakan untuk meminta pertolongan atau tertuduh boleh melarikan diri dan meminta tolong sekiranya diserang memandangkan ia berlaku berhampiran jalan utama.

    “Pihak pembelaan mendakwa wujudnya provokasi sedangkan jarak antara dua mangsa dan tertuduh agak jauh, jadi tidak timbul isu provokasi.

    “Tertuduh juga mendakwa perbuatan mencederakan mangsa tidak disengajakan, namun hasil keterangan dan siasatan mendapati tikaman di dada kanan kedua-dua mangsa disengajakan,” katanya.

    Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Azman berkata, keputusan dibuat dengan mengambil kira kepentingan awam dan hukuman yang diambil untuk memberi pengajaran kepada masyarakat yang diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan dengan situasi yang sama.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Syazwani Zawawi, manakala tertuduh diwakili peguam, Azizzul Shariman Mat Yusoff dan Ariff Azami Hussein.

    Turut hadir di mahkamah adalah ahli keluarga tertuduh.

    Mohamad Zukifli sebelum ini dilaporkan menyerang dua lelaki yang memasuki kawasan rumahnya menggunakan parang mengakibatkan seorang daripada mereka jatuh dan meninggal dunia di bahu jalan, manakala seorang lagi cedera.

    Mohamad Zulkufli mendakwa tindakannya itu diambil sebagai mempertahankan diri dan keluarga daripada dirompak sehingga viral di media sosial dan menyebabkan wujudnya kumpulan tertentu yang membela tertuduh.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad