Rosmah harap jangan bocor butiran siasatan

Rosmah harap jangan bocor butiran siasatan. SHAH ALAM - Datin Seri Rosmah Mansor berharap pihak berkuasa supaya tidak menyebarkan maklumat yang diperolehi berkaitan siasatan sehingga tular di media sosial.


Rosmah harap jangan bocor butiran siasatan


Rosmah dalam satu kenyataan melalui firma guaman Valen, Oh & Partners berkata, keadaan tersebut berlaku ketika mereka berdepan dengan dugaan dan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkenaan.

“Ini terutamanya butiran mengenai barangan yang didakwa dirampas,” katanya

Rosmah berkata, beliau dan keluarganya akan terus membantu siasatan pihak berkuasa.

Namun, perkongsian butiran tersebut menyebabkan tular yang dilihat ‘disasarkan’ kepada keluarga mereka bagi tujuan mencetuskan kemarahan orang ramai.

“Menjadi harapan kami supaya pihak berkuasa boleh memastikan kedaulatan undang-undang dipelihara dan dalam proses itu, mengelak berlakunya perbicaraan awam pramatang.

“Agensi penguatkuasa tidak sepatutnya menyalurkan bahan untuk persendaan media sosial, sebaliknya mematuhi dan menegakkan profesionalisme ketat pada setiap masa, “ kata Rosmah ketika memetik laporan Malaysiakini.

Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman memulakan siasatan di setiap kediaman milik Rosmah dan Najib sejak Rabu lalu.

Semalam, sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Najb diminta hadir memberi keterangan pada Selasa ini.

Polis telah membuat serbuan dan berjaya merampas sebanyak 284 kotak mengandungi pelbagai jenama barang mewah dari kediaman yang dipercayai ada kaitan dengan Najib dan Rosmah. - Sinar Harian

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top