• Semasa

    Tak dengar Arahan Tun Mahathir, Ini tindakan berani Apandi yang mencabar Perdana Menteri





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tak dengar Arahan Tun Mahathir, Ini tindakan berani Apandi yang mencabar Perdana Menteri | PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali tetap masuk ke pejabatnya seperti biasa hari ini.Difahamkan, beliau tiba di Jabatan Peguam Negara, Presint 4 di sini, jam 8.30 pagi.


    Tak dengar Arahan Tun Mahathir, Ini tindakan berani Apandi yang mencabar Perdana Menteri


    Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan menggantikan Mohamed Apandi dengan individu lain bagi menjalankan tugas sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan dan Pendakwa Raya.

    Dr Mahathir turut menyatakan kerajaan di bawah pimpinannya yang baharu dibentuk, tidak mempunyai Peguam Negara.

    Beliau berkata, keputusan menggantikan Peguam Negara sedia ada dibuat bagi membolehkan Mohamed Apandi disiasat terhadap keputusannya yang disifatkan beliau sebagai salah, terutama berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Mohamed Apandi ketika dihubungi NSTP Sabtu lalu berkata beliau enggan mengulas berhubung kenyataan Dr Mahathir itu dan berkata adalah lebih baik untuk tidak memberi sebarang ulasan.

    Sementara itu, tinjauan NSTP di Jabatan Peguam Negara hari ini mendapati wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media berkumpul bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung Mohamed Apandi

    PM: AG diarah cuti serta-merta, ketua baru SPRM diumum esok

    Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, Peguam Negara (AG) Mohamed Apandi Ali telah diarahkan bercuti berkuatkuasa serta-merta.

    Selain itu, Apandi juga mungkin dihalang daripada meninggalkan negara ini.“Kedudukan AG ini sukar sikit, dia baru diberi kontrak baru, kita perlu ikut undang-undang.

    “Pada masa ini soal gantung (AG) ini perlu beberapa tindakan, sebab kita nak dia diberi cuti, sementara dia cuti, maka solicitor general (peguamcara negara) ambil alih tugasnya.

    “Kita masih ada solicitor general yang boleh jalan tugas AG,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya petang ini.

    Ditanya sama ada Mohamed Apandi kini disiasat, Dr Mahathir berkata setakat ini belum ada sebarang laporan rasmi dibuat terhadap peguam negara itu, meskipun terdapat pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

    Ini termasuk dakwaan “menutup salah laku”.

    “Atas dasar ini, kita berinya cuti,” katanya.

    Mahathir berkata siasatan hanya boleh dijalankan terhadap Apandi apabila laporan rasmi dibuat.
    Apabila ini berlaku, beliau menambah, Apandi juga boleh dihalang daripada meninggalkan negara ini.

    “Apabila siasatan dijalankan, pada masa itu tindakan boleh diambil untuk gantung AG atau pun tindakan-tindakan lain termasuk sekatan ke luar negara,” katanya.

    Sementara Apandi bercuti, Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek akan mengetuai Jabatan Peguam Negara (AGC).

    Sebelum ini, Mahathir berkata negara tidak lagi mempunyai seorang peguam negara, tetapi Apandi menjalankan kerja seperti biasa pagi ini.

    Selepas memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei, perdana menteri membidas peguam negara dan menuduhnya menyembunyikan bukti berkaitan skandal 1MDB.

    Apandi memberitahu Malaysiakini bahawa hati nuraninya jelas dan menafikan bahawa dia tidak bertindak mengikut undang-undang.

    Sementara itu, ditanya sebab Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad melepaskan jawatannya pagi ini, Dr Mahathir berkata itu adalah pilihan beliau.

    “Selepas siasatan, beliau mungkin hanya digantikan, atau beliau boleh meletak jawatan, ambil cuti, pergi makan angin, buat sementara waktu.

    “Jika siasatan mendapati terdapat kes terhadapnya, kami akan mengambil tindakan,” katanya.
    Mahathir berkata beliau berharap untuk melantik seorang ketua pesuruhjaya SPRM baru esok.

    Pagi ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad mengemukakan surat peletakan jawatannya selepas perdana menteri mendakwa suruhanjaya itu tidak mempedulikan amalan rasuah yang berleluasa.

    Ditanya sama ada lebih ramai pegawai atau KSU yang akan digantung tugas berikutan aduan salah laku, Dr Mahathir berkata buat masa ini, kerajaan perlu mendapatkan laporan yang sewajarnya sebelum bertindak menggantung tugas mana-mana pegawai.

    “Saya mahu melakukannya berdasarkan peraturan dan prosedur,” katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad