• Semasa

    Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi'. KELUARGA di Kampung Hilir, Sri Aman gempar selepas biawak gergasi berkelakuan agak agresif ‘menceroboh' bahagian tandas rumah mereka, hari ini.


    Terbantut hajat gara-gara biawak 'gergasi'


    Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sri Aman, Kapten Siti Huzaimah Ibrahim berkata, reptilia berkenaan dipercayai memasuki tandas di rumah keluarga berkenaan melalui pintu ruangan dapur yang terbuka.

    "Berdasarkan laporan yang diterima, kehadiran biawak itu dikesan seorang anggota keluarga berkenaan ketika mahu menggunakan tandas sebelum menghubungi APM Sri Aman pada 1.58 petang meminta bantuan.

    "Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian diketuai Lans Kopral Jacky Enus bagi melakukan operasi menangkap reptilia berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

    Katanya, dua anggota APM Sri Aman mengambil masa tujuh minit bagi menangkap biawak berkenaan menggunakan peralatan khas.

    "Biawak gergasi sepanjang satu meter itu berkelakuan agak agresif, malah cuba menyerang anggota bertugas ketika cuba ditangkap," katanya.

    Sementara itu, dalam kalangan masyarakat Iban, biawak berkenaan bukan biawak biasa, sebaliknya dipanggil ‘bandau’, dengan saiznya mampu mencecah antara dua hingga tiga meter, selain memiliki gigitan berbisa. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad