• Semasa

    Ada ambil keterangan Najib - SPRM





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Ada ambil keterangan Najib - SPRM. SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan ia pernah mengambil keterangan Datuk Seri Najib Razak berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Disember 2015.


    Ada ambil keterangan Najib - SPRM


    Ia sekali gus menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri itu semalam yang mendakwa SPRM tidak pernah mendapatkan keterangannya dan tidak pernah membuat kertas pertuduhan terhadapnya.

    Keterangan itu diambil oleh beberapa pegawai yang menemui Najib di pejabat Perdana Menteri pada tarikh berkenaan.

    Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika mengulas perkara itu berkata, SPRM sudah memulakan siasatan sejak kes itu diketahui pihaknya.

    "Sekitar Disember 2015, kami sudah bertemu Najib di pejabatnya dan mengambil keterangannya selama tiga jam, SPRM juga telah merekod keterangan beliau pada ketika itu," katanya NSTP

    Ditanya mengapa Najib mendakwa keterangannya tidak diambil dalam kes itu, Azam enggan mengulas namun berkata itu adalah hak bekas Perdana Menteri itu berkata demikian.

    SPRM juga pernah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 5 Disember 2015 bertajuk 'Perkembangan Siasatan Kes SRC International dan Dana RM2.6 bilion' memaklumkan kepada umum berkaitan siasatan berkenaan.

    Siaran akhbar tiga perenggan itu mengesahkan SPRM pernah merekod kenyataan Najib (ketika itu Perdana Menteri) pada tarikh terbabit dalam pertemuan selama dua jam setengah.

    Kenyataan itu juga menyebut Najib memberi kerjasama baik dalam pertemuan itu dan kenyataan itu turut menyebut, SPRM akan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa.

    Pada Januari 2016, bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kemudian mengeluarkan kenyataan iaitu dana yang diterima Najib adalah derma peribadi daripada satu keluarga diraja Arab dan bekas Perdana Menteri itu tidak terbabit dalam sebarang salah laku rasuah.

    Semalam, Najib dalam kenyataan berkata beliau tidak pernah menerima sebarang faedah atau mencuri wang 1MDB atau dari mana-mana pihak malah mendakwa SPRM tidak pernah mengambil apa-apa kenyataan beliau pada 2015 seperti didakwa ada kertas pertuduhan yang viral.

    Beliau juga yakin mahkamah akan membuktikan beliau tidak bersalah dan akan terlepas jika didakwa atas alasan politik. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad