• Semasa

    Budak maut akibat keracunan





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Budak maut akibat keracunan. IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia, selepas mengalami gejala sakit perut, cirit birit dan muntah dipercayai akibat keracunan makanan, semalam.


    Budak maut akibat keracunan


    Mangsa dari Kampung Changkat Chermin, Ayer Tawar dimasukkan ke Hospital Seri Manjung, 2 Jun lalu bersama tiga ahli keluarga yang lain.

    Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ding Lay Ming berkata, mengikut laporan awal yang diterima, gejala sama dialami tujuh ahli keluarga terbabit, namun ketika mendapatkan rawatan di klinik swasta, empat daripada mereka dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

    “Gejala ini dikesan antara jam 1 pagi hingga 5 pagi, 1 Jun lalu. Antara gejala dialami mereka adalah sakit perut, cirit-birit, muntah, dehidrasi, keletihan dan demam, manakala seorang daripadanya mengalami sawan.

    “Mangsa yang meninggal dunia disahkan mengalami komplikasi semasa rawatan di hospital, mereka yang lain kini berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih, namun masih ditempatkan di wad rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Terdahulu, seorang pengguna akaun Facebook berkongsi status berhubung kejadian itu.

    Dalam status dimuatnaik, semalam memberitahu, mangsa dipanggil Zulfareez bersama dua kakak serta seorang adik dimasukkan ke wad kecemasan hospital akibat keracunan makanan.

    Dr Ding Lay Ming berkata, Jabatan Kesihatan telah menjalankan siasatan di sekitar lokasi gerai-gerai makanan di tepi jalan Simpang Gelung Pepuyu dan  bazar Ramadan di Titi Gantung.

    Katanya, hasil verifikasi di semua kawasan itu mendapati, tiada peningkatan kejadian kes acute gastroenteritis dan keracunan makanan dikesan sejak 31 Mei lalu hingga kini.

    “Kejadian ini adalah kejadian terpencil dan hanya melibatkan keluarga ini sahaja.

    “Kita masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad