• Semasa

    Chong Wei 'ajar' pemain nombor satu dunia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Chong Wei 'ajar' pemain nombor satu dunia. KUALA LUMPUR: Sejurus kemenangan ke atas pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam aksi suku akhir Terbuka Malaysia sebentar tadi, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan dia akan beraksi pada Olimpik Tokyo 2020.


    Chong Wei 'ajar' pemain nombor satu dunia


    Terdahulu, jaguh perseorangan lelaki negara itu terus menyalakan impian bagi meraih gelaran ke-12 Terbuka Malaysia apabila mara ke separuh akhir dengan kemenangan 21-17, 21-9 ke atas Axelsen dari Denmark di Arena Axiata Bukit Jalil.

    Kemenangan itu jelas memberi kesan besar kepada Chong Wei sehingga dia tidak menolak kemungkinan untuk membuat penampilan terakhir pada Olimpik Tokyo 2020 dalam misi meraih pingat emas pertamanya pada temasya berprestij berkenaan.

    "Jika saya boleh terus kekalkan prestasi seperti ini dan tubuh badan saya terus dalam keadaan baik, mungkin saya akan beraksi untuk kali terakhir pada Olimpik Tokyo 2020. Namun, jika keadaan tubuh badan saya tidak baik, saya akan berhenti.

    "Untuk Terbuka Malaysia pula, ini adalah yang kedua terakhir untuk saya. Jadi, saya akan terus kekal fokus bagi mencapai misi saya kali," kata Chong Wei yang juga pemenang tiga kali pingat perak Olimpik.

    Mengulas mengenai kemenangan kedua berturut-turutnya ke atas Axelsen termasuk ketika saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand, bulan lalu, pemain berusia 36 tahun itu, berkata ia adalah hasil kerja rumah yang dilakukannya bagi menumbangkan juara dunia 2017 berkenaan terutama selepas tewas tiga pertemuan sebelum itu.

    "Memang sukar kalau menentang Axelsen kerana dia masih muda dan pemain nombor satu dunia. Saya kalah dalam tiga pertemuan sebelum ini iaitu dua kali di Siri Super Akhir 2017 dan Terbuka Jepun. Namun, selepas itu saya membuat penilaian semula prestasi dan berbincang dengan jurulatih mengenai apa yang perlu dilakukan jika bertemunya sekali lagi," kata Chong Wei yang akan bertemu Tommy Sugiarto pada aksi separuh akhir, esok.

    Mengenai pertemuan dengan Tommy, Chong Wei bertekad untuk mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas lawannya itu selepas menang dalam 16 pertemuan sebelum ini.

    Sementara itu, cabaran perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei terkandas di suku akhir selepas tewas di tangan pemain nombor satu dunia dari Taiwan, Tai Tzu Ying 15-21, 15-21. - BHonline

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad