• Semasa

    Dulu batik, kini mencelup





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Dulu batik, kini mencelup. Kota Bharu: Mohammad Firdaus Hamzah antara pengusaha batik kecil-kecilan di negeri ini sejak awal 2000, tetapi terpaksa menutup perniagaan itu apabila mengalami kerugian besar.


    Dulu batik, kini mencelup


    Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat bapa kepada tiga anak berusia 39 tahun itu untuk beralih kepada bidang perniagaan yang lain sebagai sumber rezeki keluarganya.

    Keputusan Mohamad Firdaus untuk membuka gerai makanan laut ‘celup tepung’ empat tahun lalu membuahkan hasil apabila gerainya mendapat sambutan hangat bukan saja dari penduduk setempat tetapi juga luar Kelantan.

    Menamakan gerai itu sebagai Acu Tera, ia beroperasi di Pantai Sabak berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini.

    Mohamad Firdaus yang lebih dikenali dengan Mat Yo berkata, gerainya menyediakan pelbagai makanan laut dicelup tepung seperti udang, ikan, sotong, ketam dan lain-lain.

    “Kelainan makanan laut celup tepung di gerai saya ialah kerana mendapat bekalan segar daripada pembekal tetap setiap hari.

    “Sebaik pembekal yang juga nelayan tempatan naik ke darat, mereka terus menghantar bekalan ke kedai kami.

    “Bagi bekalan udang dan sotong kami dapati daripada pembekal yang memelihara sendiri spesies itu,” katanya ketika ditemui di gerainya.

    Katanya, setiap hari dia menghabiskan 60 hingga 70 kilogram ikan, udang dan makanan laut lain serta ditambah menu seperti bebola ikan dan keropok lekor daripada pengusaha di Kedai Buloh di sini.

    “Yang istimewanya mengenai makanan laut celup tepung di gerai saya ialah ramuan tepung hasil peninggalan resipi arwah ibu yang sebelum itu pernah berniaga kedai kopi dan goreng keropok serta jenis makanan laut.

    “Isteri, Fazilah Yusof, 32, juga sempat belajar resipi turun temurun itu sebelum dipraktikkan hingga kini,” katanya.

    Selain makanan laut digoreng celup tepung, gerai Acu Tera yang juga tular di media sosial turut menyediakan pulut pauh, air kelapa dan air buah. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad