• Semasa

    FIFA tak cadang tukar kriteria 'fair play'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    FIFA tak cadang tukar kriteria 'fair play'. MOSCOW: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak bercadang menukar penggunaan kriteria 'fair play' yang menyaksikan Jepun mara ke pusingan kalah mati pada kempen Piala Dunia kali ini.


    FIFA tak cadang tukar kriteria 'fair play'


    Penggunaan kriteria itu menimbulkan kontroversi apabila Senegal menjadi korban ketika wakil benua Afrika itu turut meraih mata serta perbezaan jumlah gol dan bolos yang sama dengan Jepun namun wakil Asia itu layak ke pusingan kedua berdasarkan jumlah kad kuning yang dikutip kurang.

    Dalam aksi terakhir peringkat kumpulan malam tadi, Jepun tewas kepada Poland 0-1 dan pemain Samurai Biru sengaja melambat-lambatkan permainan, malah corak permainan yang ditampilkan kedua-dua pasukan turut diejek penonton dalam aksi di Volgograd itu.

    Situasi itu mencetuskan perbandingan ketika Piala Dunia 1982 membabitkan perlawanan Jerman Barat dan Austria yang menyaksikan kedua-dua pasukan berpakat dengan kemenangan berpihak kepada Jerman Barat 1-0 sekali gus kedua-dua pasukan layak.

    "Ini kali pertama (peraturan fair play) diguna pakai di Piala Dunia. Jelas sekali apa yang kita mahu elak lebih banyak cabutan undian (bagi menentukan pasukan yang mara)," kata Ketua Pertandingan FIFA, Colin Smith.

    "Kami percaya setiap pasukan harus menumpukan kepada prestasi dan apa yang berlaku atas padang.

    Kriteria ini diperkenalkan bagi menyediakan satu lagi kriteria sebelum perlu ke proses cabutan undian."

    Jepun yang layak ke peringkat 16 terbaik dijadualkan bertemu Belgium, kerana jumlah kad kuning yang dikumpul kurang berbanding enam yang dikutip Senegal.

    "Kita akan nilai selepas Piala Dunia," kata Smith. "Kita akan lihat bagaimana reaksi balas terhadapnya, tetapi buat masa sekarang kita tidak lihat perlunya ada perubahan peraturan." - AFP

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad