• Semasa

    Hati-hati, dah 31 orang maut kemalangan...





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Hati-hati, dah 31 orang maut kemalangan... TIGA maut membabitkan dua penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki dalam kemalangan berasingan pada hari ke-14 Ops Selamat 13/2018 di Kedah, semalam.


    Hati-hati, dah 31 orang maut kemalangan...


    Jumlah itu sekali gus menjadikan angka keseluruhan kematian meningkat kepada 31 orang sejak Ops Selamat dilancarkan.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Zahari Mohamed berkata, kes pertama membabitkan seorang wanita berusia 50 tahun.

    Katanya, mangsa maut apabila motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Jalan Alor Setar-Kangar berdekatan tapak pasar malam Taman Mergong Jaya, Kuala Sungai, Alor Setar, 12.15 tengah hari semalam.

    “Berdasarkan kenyataan saksi bebas, insiden dipercayai berlaku apabila lori terbabit cuba memotong dari sebelah kiri lalu bergesel dengan motosikal yang ditunggang mangsa.

    “Mangsa, Zaharah Ahmad yang berasal dari Kampung Hujung Mergong, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

    Zahari berkata, kes kematian kedua pula membabitkan seorang penunggang motosikal yang bertembung dengan Proton Iswara di Kilometer 18, Kampung Surau Jalan Baling-Tanjung Pari, pada 3.15 petang.

    Katanya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Hassan Remeli, 44, dipercayai cuba memotong kereta di hadapannya, namun bertembung kereta itu yang datang dari arah bertentangan.

    “Mangsa berasal dari Kampung Lubok Bayu, Siong, Baling, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta dan dua penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

    Beliau berkata, kematian ketiga membabitkan warga emas, Abdul Hamid Saad, 79, yang dilanggar motosikal ketika berjalan di Jalan Lahar Buaya, Pendang, pada 8.15 malam, Sabtu lalu.

    Katanya, mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan, namun meninggal dunia pada 9.30 pagi semalam.

    Dalam pada itu, Zahari turut menasihatkan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya dan memastikan jarak selamat sebelum memotong kenderaan lain. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad