• Semasa

    Kari ayam punya pasal, anak bunuh ibu





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kari ayam punya pasal, anak bunuh ibu. NEW DELHI: Seorang lelaki India marah dan membunuh ibunya yang tua selepas wanita itu tidak menyediakan memasak lauk kari ayam untuk makan tengah hari.


    Kari ayam punya pasal, anak bunuh ibu


    Dalam kejadian di Badepuram, Guntur, Andhra Pradesh itu, Bejjam Kishore, 45, membeli ayam pada Ahad lalu dan memberi kepada ibunya, Bejjam Mariamma, 80, lapor Times of India.

    Dia yang juga kaki botol pulang beberapa jam kemudian dalam keadaan mabuk sebelum naik berang selepas mendapati makanan diminta itu tidak dihidangkan.

    Kishore, yang pernah bekerja sebagai pengamal perubatan tempatan, menjerit memarahi ibunya sebelum menikamnya.

    Mangsa mati di tempat kejadian manakala Kishore kini diburu polis. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad