Laungan azan redakan ribut

Laungan azan redakan ribut. PENIAGA di Bazar Ramadan Klebang Restu, Ipoh, melaungkan azan apabila sebahagian khemah peniaga diterbangkan ribut sehingga tersangkut pada wayar kabel elektrik dan hampir menumbangkan tiang elektrik, semalam.


Laungan azan redakan ribut


Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kira-kira 11 peniaga terjejas selepas khemah dan peralatan berniaga mereka rosak.

Saksi kejadian yang juga peniaga di bazar Ramadan itu, Suhaila Abul Huda Shariff, 42, berkata, suasana bazar Ramadan itu menjadi panik apabila ribut secara tiba-tiba datang ke bahagian tengah bazar berkenaan.

"Masing-masing cuba menyelamatkan barangan masing-masing dan kejadian itu hanya membabitkan khemah yang berada di bahagian tengah bazar itu kerana ia bertentangan dengan padang.

"Keadaan bertambah kelam kabut apabila khemah yang diterbangkan itu tersangkut pada wayar kabel elektrik menyebabkan tiang elektrik hampir tumbang," katanya ketika dihubungi NSTP.

Suhaila berkata, kesemua peniaga serta pelanggan masing-masing berlari mencari tempat selamat termasuk menyelamatkan kenderaan yang diletakkan berdekatan tiang elektrik yang hampir tumbang.

Katanya, khemahnya yang berada bertentangan dengan khemah diterbangkan itu turut mengalami kerosakan, namun tindakan pantas peniaga menyambung ikatan khemah berjaya menyelamatkan lebih banyak khemah daripada diterbangkan.

"Ribut berlaku begitu pantas menyebabkan kami terpinga-pinga serta panik, namun ribut berkenaan berhenti selepas peniaga melaungkan azan dan bersyukur kerana tiada peniaga atau pelanggan mengalami kecederaan.

"Saya akan menjalankan perniagaan seperti biasa hari ini selepas membaiki sedikit kerosakan di khemah, namun tidak pasti dengan peniaga yang khemah mereka rosak teruk," katanya yang menjalankan perniagaan mee serta kuey teow goreng.

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top