• Semasa

    Mangsa suara ghaib





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Mangsa suara ghaib. Medan: Tiga lelaki yang juga pengikut ajaran sesat bertindak kejam apabila membunuh tiga ahli keluarga mereka termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang dicampak di dalam sungai.


    Mangsa suara ghaib


    Tribunnews melaporkan, pembunuhan itu terbongkar dengan penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun dan seorang budak lelaki berusia 16 tahun di Desa Muara Bangko, Madina di Sumatera Utara pada 31 Mei lalu.

    Beberapa hari kemudian mayat seorang bayi perempuan berusia enam bulan ditemui terapung di sebatang sungai di kampung itu.

    Tidak lama selepas itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa mangsa dibunuh tiga lelaki yang mempunyai pertalian darah dengan mereka.

    Susulan laporan berkenaan, polis menangkap tiga lelaki berkenaan yang juga bersaudara kerana disyaki membunuh semua mangsa.

    Ketika disoal-siasat, suspek yang dikenali sebagai Mukmin, Buyung, mengaku membawa tujuh lagi anggota keluarga mereka ke sebuah gunung untuk bertapa dengan alasan satu bencana akan berlaku di kampung mereka.

    Ketika berada di gunung itu, seorang suspek mendakwa mendengar suara ghaib yang mengarahkannya membunuh tiga ahli keluarga mereka itu.

    Mereka kemudiannya membunuh dua ahli keluarga mereka sebelum membuang mayat mangsa di satu kawasan ladang kelapa sawit.

    Suspek turut bertindak kejam apabila mencampak seorang lagi bayi berusia enam bulan ke dalam sungai.

    Sementara itu, jurucakap polis berkata, semua suspek ditangkap selepas ahli keluarganya yang tidak tahan dengan tindakan mereka itu bertindak melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

    Menurut polis, ketiga-tiga suspek mengaku melakukan pembunuhan itu dan mereka bakal didakwa atas tuduhan membunuh. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad