• Semasa

    'Ramai resah dengan cara Siti Kasim, jadi...'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    'Ramai resah dengan cara Siti Kasim, jadi...'. SHAH ALAM - Mufti Perlis Datuk Seri Asri Zainul Abidin berkata pihaknya kini sedang mengaturkan dialog terbuka dengan peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim.


    'Ramai resah dengan cara Siti Kasim, jadi...'


    Dr Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, beliau mengambil maklum mengenai kegelisahan orang ramai terhadap Siti Kasim.

    "Ramai yang gelisah dengan cara dan apa dilakukan oleh seorang yang dikenali dalam media sebagai Cik Siti Kasim.

    "Sikap beliau membimbangkan banyak pihak. Atas asas pendekatan yang matang dan ilmiah, pihak saya dengan kerjasama One Centre Malaysia, Perlis dan Badan Peguam Perlis sedang mengatur satu dialog terbuka berkaitan Islam di Malaysia antara Ustaz Salman Ali dan Cik Siti Kasim," katanya dalam perkongsian di Facebooknya.

    Jelasnya, tarikh dan tempat akan dimaklumkan nanti.

    "Tolong doakan agar dialog terbuka ini berjaya dilaksanakan nanti," katanya.

    Siti Kasim yang juga seorang aktivis sering kali dikaitkan dengan kenyataan kontroversi sehingga menimbulkan penebatan pelbagai pihak. - Sinar Harian

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad