• Semasa

    Chong Wei ada ramuan atasi Momota di pentas final





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Chong Wei ada ramuan atasi Momota di pentas final. KUALA LUMPUR: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei seperti sudah ada ramuan untuk menumbangkan bintang muda Jepun, Kento Momota apabila kedua-duanya membuat perhitungan dalam aksi final Terbuka Malaysia di Arena Axiata Bukit Jalil, esok.


    Chong Wei ada ramuan atasi Momota di pentas final


    Walaupun tewas ketika pertemuan terakhir dengan Momota pada separuh akhir Kejohanan Badminton Asia April lalu, Chong Wei yang memburu gelaran ke-12 Terbuka Malaysia kekal positif dan sudah belajar daripada kesilapan lalu.

    Jaguh perseorangan lelaki negara berusia 36 tahun itu, berkata ia akan menjadi perlawanan yang sukar menentang Momota apatah lagi lawannya itu masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 22 perlawanan sejak Mac lalu.

    "Momota masih muda dan sedang meningkat naik," kata Chong Wei ketika ditemui selepas aksi separuh akhir bertemu Tommy Sugiarto dari Indonesia.

    "Sebelum ini pun saya sudah katakan yang dia dan Viktor Axelsen (Denmark) akan menjadi bintang badminton dunia apabila saya, Lin Dan dan pemain senior lain bersara, jadi saya menjangkakan ia akan menjadi satu lagi perlawanan sukar untuk saya.

    "Apapun saya tidak mahu beri tekanan kepada diri sendiri. Saya akan turun, bermain seperti biasa dan menikmati perlawanan."

    Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu mengesahkan tempat ke final selepas menewaskan Tommy 21-18, 21-15 manakala Momota menang ke atas pemain India, K Srikanth 21-13, 21-13.

    "Saya cukup gembira dengan prestasi saya hari ini dan kemenangan ke atas Tommy menyaksikan saya berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas dirinya untuk 17 perlawanan. Ia satu rekod yang baik untuk kerjaya saya.

    "Namun, sebelum perlawanan saya tidak memandang mudah kemampuan Tommy kerana dia berjaya menewaskan pemain utama dunia Shi Yuqi dari China ketika suku akhir. Jadi, saya memang buat persiapan terbaik untuk bertemu dengannya," katanya.

    Jika berjaya memenangi perlawanan esok ia akan menjadi gelaran pertama Chong Wei tahun ini manakala yang kedua buat Momota. - BHonline

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad