• Semasa

    'Kalau nak kahwin lagi, saya izinkan' - Luah Umie Aida





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    'Kalau nak kahwin lagi, saya izinkan' -  Luah Umie Aida. KUALA LUMPUR: Datin Seri Umie Aida mengizinkan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkahwin lagi dan mengamalkan poligami.


    'Kalau nak kahwin lagi, saya izinkan' -  Luah Umie Aida


    Umie memberitahu, dia enggan suami melakukan perkara yang tidak elok di luar pengetahuannya.

    Bintang Dukun itu juga rela menghalalkan perhubungan suami dengan wanita lain, jika ia berlaku.

    "Pagi ini, saya bangun tidur, tiba-tiba saya cakap pada abang (suami), jangan buat perkara tak elok. Kalau nak, terus kahwin... Saya izinkan.

    "Terkejut abang... Dia cakap saya merepek. Saya cakap, saya tahu saya bukannya isteri yang sempurna," katanya dipetik daripada entri pada Instagram.

    Tambah Umie, dia tidak tahu punca dirinya bertindak demikian , apatah lagi tidak ada isteri yang suka hidup bermadu.

    Bagaimanapun, Umie serius dengan pendiriannya. Dia mahu Khairuddin tahu bahawa dia bersifat terbuka dalam menempuh kehidupan poligami.

    "Hmm... Entahlah, kenapa saya boleh bercakap begitu. Tetapi, iya, saya izinkan... Saya mahu abang tahu itu... Mood gerhana bulan kot," selorohnya.

    Kenyataan itu membuatkan netizen terkejut dan mendoakan agar rumah tangga Umie dan Khairuddin teguh biarpun dilanda dugaan.

    Namun, ada yang mengaitkan kenyataan Umie itu dengan drama, Jangan Benci Cintaku yang mengisahkan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga.

    Umie dan Khairuddin berkahwin pada Mac 2010.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad