Najib ditahan SPRM dan akan didakwa esok

Najib ditahan SPRM dan akan didakwa esok. KUALA LUMPUR 3 Julai - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 3 petang tadi di rumahnya di Jalan Langgak Duta di sini hari ini.


Najib ditahan SPRM dan akan didakwa esok


SPRM mengesahkan penahanan itu bagi membantu siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion yang sedang disiasat agensi tersebut.

Satu kenyataan rasmi SPRM akan dikeluarkan sebentar lagi.-UTUSAN ONLINE
____________________

PUTRAJAYA 3 Julai - Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pada pukul 2.35 petang berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Menurut satu kenyataan, tangkapan tersebut telah dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Najib akan didakwa esok pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top