• Semasa

    Pemain City dominasi suku akhir Piala Dunia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pemain City dominasi suku akhir Piala Dunia. SAMARA, Russia: Dengan ramai pemain Manchester City masih lagi bersaing di peringkat suku akhir Piala Dunia, pengaruh anak buah kepada jurulatih pasukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Pep Guardiola kini semakin dirasai di seluruh dunia.


    Pemain City dominasi suku akhir Piala Dunia


    Daripada lapan pasukan yang bakal berentap di peringkat berkenaan, majoriti pemain yang membantu City menang gelaran juara liga dengan kelebihan 19 mata, kini masih lagi bersaing merebut anugerah paling berprestij - gelaran juara Piala Dunia .

    Antaranya adalah ketua pasukan Vincent Kompany dan pemain tengah, Kevin de Bruyne mewakili Belgium yang bakal berdepan rakan sepasukan mewakili Brazil, iaitu Gabriel Jesus, Danilo dan Fernandinho.

    Pemain lain adalah Kyle Walker, Fabian Delph, Raheem Sterling dan John Stones yang menjadi sandaran Gareth Southgate memperkuatkan pasukan England menentang Sweden.

    Dalam pada itu, Paris St Germain selaku juara Liga Perancis dan Barcelona (Sepanyol) pula masih diwakili oleh enam pemain utama di kancah saingan suku akhir Piala Dunia.

    Sebaliknya, juara Bundesliga, Bayern Munich pula tidak mempunyai sebarang pemain yang bermain di peringkat berkenaan selepas pasukan Jerman tersingkir awal.

    Jerman mungkin mengalami nasib lebih baik jika penyerang City, Leroy Sane disenaraikan dalam skuad mereka.

    Walaupun menjaringkan 10 gol dan membantu rakan sepasukan mencetak 15 gol untuk membantu skuad Guardiola musim lalu, jurulatih Jerman, Joachim Loew membuat keputusan mengenepikan Sane.

    Pasukan Jerman hanya menjaringkan dua gol ketika mereka bermain di peringkat saingan kumpulan, sehingga menyebab ramai pengulas sukan mempersoalkan kenapa Sane tidak dipilih. - Reuters

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad