• Semasa

    Tuah Adam dapat ke Russia





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tuah Adam dapat ke Russia. KUALA LUMPUR: Meskipun Malaysia tidak menghantar pasukan bola sepaknya ke Piala Dunia Russia, namun setidak-tidaknya ada anak Malaysia yang mencipta sejarah ‘muncul’ di temasya itu.


    Tuah Adam dapat ke Russia


    Ia selepas seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, Klang Selangor terpilih untuk ‘terbang’ ke Russia menggalas tanggungjawab selaku pembawa bola untuk aksi berprestij itu.

    Kelibat Adam Riezman Roslam dapat dilihat pada aksi pusingan ke-16 membabitkan tuan rumah, Russia yang bertemu Sepanyol yang berlangsung di Stadium Luzhniki, Moscow, malam tadi.

    Ini sekali gus menyaksikan Adam menjadi anak Malaysia pertama yang terpilih sebagai pembawa bola bagi temasya penuh gemilang yang setakat ini sudah memasuki pusingan kedua.

    Pelajar bertuah itu berpeluang ke Russia selepas mengungguli Kejohanan Pertandingan Kemahiran Kanak-Kanak anjuran KIA yang turut menawarkan hadiah wang tunai RM800.

    Namun wang tunai itu mungkin kecil nilainya jika dibandingkan dengan peluang Adam untuk membawa bola pada aksi terbabit sekali gus berada dalam satu barisan bersama pemain terkemuka seperti Gerard Pique, David de Gea dan Igor Akinfeev. myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad