• Semasa

    Uruguay tunjuk Portugal, Ronaldo jalan pulang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Uruguay tunjuk Portugal, Ronaldo jalan pulang. SOCHI, Russia: Dua gol menarik Edinson Cavani membantu Uruguay menewaskan juara Eropah, Portugal 2-1 pada aksi peringkat 16 terakhir Piala Dunia menghiburkan, sebentar tadi.

    Uruguay tunjuk Portugal, Ronaldo jalan pulang

    Kemenangan itu menyaksikan Uruguay menempah aksi suku akhir menentang Perancis, Jumaat ini selain menghantar pulang Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo yang tampil dengan prestasi mengecewakan.
    Cavani meletakkan Uruguay di depan seawal minit ketujuh apabila bijak memperdaya pertahanan Portugal dengan melonjak tinggi bagi menanduk masuk hantaran rakan serangannya, Luis Suarez.
    Ketinggalan 0-1 ketika rehat, Portugal bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan Pepe juga menerusi tandukan pada minit ke-55. Ia gol pertama yang dilepaskan Uruguay setakat ini pada Piala Dunia Russia 2018.
    PENYERANG Uruguay, Edinson Cavani merembat lalu membolosi gawang Uruguay pada perlawanan peringkat 16 terakhir Piala Dunia, sebentar tadi. - Foto REUTERS
    Namun Uruguay kembali di depan tujuh minit kemudian apabila hantaran Rodrigo Bentancur bijak disambar Cavani yang melepaskan rembatan lencong menarik untuk menewaskan Rui Patricio buat kali kedua selain gol terakhir perlawanan.
    Ronaldo dalam pada itu gagal menambah empat gol yang dijaringkan di Russia pada dua perlawanan awal dengan rekodnya buntu mencetak gol pada aksi kalah mati Piala Dunia berlarutan kepada enam perlawanan.
    PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo (tengah) cuba dihalang dua pemain Uruguay pada perlawanan peringkat 16 terakhir Piala Dunia, sebentar tadi. - Foto AFP
    Peluang terbaik penyerang Real Madrid itu untuk meledak gol tiba selepas setengah jam tetapi sepakan percumanya dari jarak 30 meter sekadar menggegar palang.
    Bagi Uruguay, satu-satunya perkara yang membimbangkan pengendalinya Oscar Tabarez adalah apabila Cavani terpaksa dikeluarkan pada lewat perlawanan sekali gus mencetus kegelisahan sama ada dia dapat diturunkan ketika bertemu Perancis. - Reuters

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad