• Semasa

    KJ buat laporan polis Najib curi duit GST RM18 Bilion





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    KJ buat laporan polis Najib curi duit GST RM18 Bilion | Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN telah ‘merompak’ bayaran balik GST.


    KJ buat laporan polis Najib curi duit GST RM18 Bilion


    Beliau berkata siasatan dalaman – seperti yang dicadangkan Lim – tidak memadai untuk dakwaan serius seumpama itu. “Memandangkan Lim tidak menaruh minat terhadap apa-apa (siasatan) pada masa ini melainkan inkuiri dalaman, saya mahu membawa perkara ini bagi kepentingan awam.

    “Hari ini dan esok, saya akan membuat laporan polis dan SPRM terhadap bekas pegawai tinggi Kementerian Kewangan ketika dakwaan itu berlaku.

    Ia bagi membolehkan siasatan terbuka dibuat untuk memastikan kebenaran pendedahan Lim,” katanya di Twitter, hari ini. Dua hari lalu, Lim ketika penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

    Beliau sekali lagi membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat semalam dengan berkata audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati sejumlah RM18 bilion hilang dalam tabung bayaran balik GST.


    Pengerusi gesa kerajaan bawa kes RM18 bilion ‘hilang’ ke PAC

    KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini menggesa kerajaan membawa dakwaan RM18 bilion yang dikatakan “hilang” dari akaun amanah GST kepadanya untuk siasatan.

    Pengerusi Datuk Seri Ronald Kiandee mengumumkan kesediaan jawatankuasa yang dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang itu ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.


    “Saya cadangkan bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)a dan 77(1) supaya dakwaan RM18 bilion yang dikatakan hilang ini dibawa ke prosiding akan datang,” kata Ahli Parlimen Beluran itu.

    Ronald juga mengusulkan menteri kewangan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataannya membayangkan pelanggaran tatacara operasi standard kementerian.

    Beliau berkata demikian selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah disiasat secara dalaman, disusuli dengan siasatan terbuka, selepas bekas ketua setiausaha Perbendaharaan itu berkata wang akaun amanah GST tidak hilang.

    Akaun amanah itu adalah akaun di mana kerajaan mendepositkan wang untuk membayar balik tuntutan para peniaga.

    Lim mencetuskan gempar apabila mendedahkan akaun amanah itu mengalami kekurangan RM18 bilion, yang didakwa hilang semasa pentadbiran Barisan Nasional lepas.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata satu laporan akan dibuat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok berhubung kehilangan RM18 bilion itu.

    Beliau berkata siasatan dalaman di pihak kementerian tidak memadai memandangkan keseriusan tuduhan yang dibuat Lim.

    “Ada unsur-unsur rasuah,” kata bekas ketua Pemuda Umno itu. “Saya harap siasatan tidak dihalang dan tidak diganggu.”

    Khairy berkata anggota pentadbiran lepas juga mahu membersihkan nama daripada tuduhan itu.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad