• Semasa

    Video :Jangan terkejut! mereka berani culik anak walapun depan ibu & bapa





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Video : Jangan terkejut! mereka berani culik anak walapun depan ibu & bapa | bagi pasangan yang telah mendirikan rumahtangga pastinya inginkan zuriat sebagai penyambung generasi.



    Namun sejauh mana tanggungjawab ibu dan ayah setelah dikurniakan anak apa yang dilakukan? adakah mendidik mereka dengan penuh kasih sayang atau sekadar melepaskan batuk ditangga?
    sejak akhir-akhir ini terlalu ramai ibu & bapa yang sibuk dengan telefon hinggakan sanggup bahaya dengan nyawa anak. seperti kisah dibawah ini anak mati lemas ketika ibu leka dengan telefon

    Nasib malang menimpa kanak-kanak berusia dua tahun, Joshua Barnett yang lemas akibat terjatuh dalam kolam di halaman rumahnya di Beverley, East Yorkshire, Britain-di saat ibunya leka bermain Facebook.

    Claire Barnett, 31, yang tengah asyik bermain Facebook dalam rumah ketika itu tak sedar langsung anaknya jatuh kolam.Selepas beberapa lama baru dia menyedari kejadian tersebut, dia cuba menyelamatkan Joshua tetapi semuanya sudah terlambat. Ini bukan kali pertama Claine cuai ketika menjaga anaknya. Sebelum ini, dia dikatakan membiarkan anaknya bermain di tengah jalan raya sehingga menyebabkan Joshua nyaris dilanggar kereta.

    Hakim Jeremy Richardson ketika menjatuhkan hukuman penjara kepada Claire berkata, “Anak kamu mati akibat kelalaian dan ia perlu diambil tindakan untuk memberi pengajaran kepada kamu.”
    berbalik kepada tajuk video anak diculik ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua pembaca. Jangan kerana terlalu cuia dengan telefon, shopping anak dilarikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

    walapun ia berlaku di luar negara namun tak mustahil boleh berlaku di Malaysia juga

    kejadian culik seperti ini pernah berlaku di Malaysia berikut penulis kongsikan beberapa kes yang pernah berlaku dalam negara kita

    KES PERTAMA : KANAK-KANAK 11 TAHUN NYARIS DICULIK
    ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun trauma selepas mendakwa nyaris diculik dua lelaki yang menaiki sebuah van di kawasan letak kereta bangunan Wisma Persekutuan di Anak Bukit, di sini pada Isnin.

    Ibu mangsa, Nor Asilawani Mohd Sehut, 43, berkata kejadian pada pukul 7.27 pagi itu berlaku sewaktu anaknya sedang menunggunya di luar kereta ketika beliau pergi mengetik kad perakam waktu di pejabatnya.

    Beliau berkata menjadi rutin hariannya datang ke pejabat terlebih dahulu sebelum menghantar anaknya ke sekolah berdekatan.

    “Selepas saya selesai mengetik kad perakam waktu, saya terkejut melihat anak saya berlari ke arah saya dalam keadaan takut dan seperti dikejar seseorang,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
    Menurut Nor Asilawani, anaknya memberitahu ada dua lelaki yang menaiki van berwarna hitam cuba menculiknya.

    Katanya beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Anak Bukit pada pukul 9.19 pagi semalam.
    Sementara itu, kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Zara berkata pemandu van tersebut menanyakan nama dan memanggilnya untuk memberikan coklat.

    “Tetapi saya tidak ambil kerana ibu pesan jangan ambil makanan daripada orang yang tidak dikenali,” katanya sambil menambah lelaki berkenaan bercakap dalam loghat Kedah.
    Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

    “Berdasarkan fakta kes, kita dapati tiada unsur culik atau melarikan orang kerana ia cuma tanggapan pengadu yang merasakan dia hampir diculik,” katanya dalam satu kenyataan.
    Bagaimanapun, katanya polis akan meningkatkan rondaan di kawasan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian jenayah.

    KES KEDUA : IBU DAKWA ANAK NYARIS DICULIK DEPAN SEKOLAH
    IPOH – Seorang ibu bertindak membuat laporan polis selepas anak perempuannya berusia lapan tahun hampir dilarikan seorang lelaki yang menaiki van putih di hadapan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Pegoh di sini, Khamis lalu.

    Berdasarkan laporan polis yang diviralkan itu, murid berkenaan berada di luar kawasan pagar sekolah ketika menanti kehadiran kedua ibu bapanya kira-kira jam 6.20 petang.

    Menurutnya, anaknya ditarik seorang lelaki untuk dimasukkan ke dalam van tetapi disedari pasangan_ lain yang bertindak menjerit menyebabkan lelaki berkenaan panik dan meninggalkan anaknya.

    “Lelaki yang cuba culik anak saya melepaskan tangan anak dan beredar dari kawasan sekolah dalam keadaan tergesa-gesa. Ketika tiba, anak saya dalam keadaan ketakutan dan muka pucat.

    “Setelah dia menceritakan segalanya, perkara ini dimaklumkan kepada pengawal keselamatan dan guru sekolah,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Simpang Pulai.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Superintendan Abdul Rani Alias berkata, pihaknya ada menerima laporan berkenaan dan siasatan masih dijalankan.

    “Pengadu membuat laporan bagi memperketat lagi kawalan sekolah. Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

    KES KETIGA ANAK NYARIS DICULIK WARGA ASING
    Seorang lelaki warga Rohingya ditahan kerana dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, lapor China Press.

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang semalam di sebuah pasar malam di Kuala Kangsar, Perak, ibu mangsa sedang sibuk berniaga sayur-sayurannya tiba-tiba terdengar suara anak perempuannya menangis dengan kuat di belakang lori sebelum meminta suaminya pergi memeriksa apa yang berlaku.

    Bapa mangsa, Wong, 51, berkata, sebaik saja ke belakang lori dia ternampak ada seorang lelaki muda menarik tangan anaknya secara paksaan.

    Bimbang dengan keselamatan anak perempuannya, Wong segera menghalang lelaki itu dan meminta bantuan orang ramai untuk datang membantunya.

    Difahamkan, lelaki terbabit berusia 21 tahun itu merupakan pelarian Rohingya yang baru saja keluar dari kem pelarian dua tahun lalu. Suspek kini menetap di Kuala Kangsar dan menyara kehidupannya dengan mencari dan menjual sisa-sisa buangan.

    Selepas ditangkap dan diikat oleh orang awam, suspek menjelaskan bahawa dia sekadar mahu merakam gambar bersama mangsa.

    Difahamkan sebelum kejadian itu, suspek ada membeli sayur-sayuran dari gerai keluarga mangsa dan secara senyap-senyap telah menyelinap masuk ke bahagian belakang lori.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad