• Semasa

    Kantoi !! Azis pecat pegawai 'skodeng' skirt wanita





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Kantoi !! Azis pecat pegawai 'skodeng' skirt wanita. TIMBALAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman memecat serta-merta pegawainya yang dipercayai merakam bahagian bawah skirt juruoptik di sebuah kedai Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.


    Kantoi !! Azis pecat pegawai 'skodeng' skirt wanita


    Azis dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau memandang serius kejadian itu yang turut tular di laman sosial.

    “Saya memandang serius tindakan individu tersebut yang membuat rakaman sedemikian secara sembunyi dan senyap-senyap tanpa saya sedari ketika pemeriksaan mata itu.

    “Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai yang membuat rakaman itu," katanya.

    Mohd Azis berkata, keputusan memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana menjejaskan imej dan kredibilitinya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.

    “Tindakan pegawai itu tidak ada kena-mengena dengan pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang bertugas dengan saya dan saya memohon maaf atas tindakan pegawai itu,” katanya.

    Semalam, mangsa yang berusia 30 tahun membuat laporan polis selepas menyedari seorang lelaki dipercayai pegawai kepada Mohd Azis merakam video bahagian bawah skirtnya.

    Malah, video perbuatan keji lelaki itu berdurasi selama 1 minit 46 saat turut tular di Facebook.

    Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Khee berkata, kejadian itu berlaku ketika dia membuat pemeriksaan mata menteri berkenaan.

    Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Azis, lelaki berkenaan mengubah kedudukan kerusi dan duduk rapat menghampirinya di bahagian belakang sambil memegang telefon bimbit.

    “Ketika itu saya merasa tidak selesa dan curiga dengan tindakannya namun membiarkan kerana menjalankan tugas pemeriksaan mata terlebih dulu.

    “Namun, perasaan curiga saya itu betul apabila mendapati lelaki itu sedang merakam bahagian bawah skirt saya berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Khee berkata, terkejut dengan rakaman yang dilihat itu, dia membuat laporan polis semalam.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan menerima laporan daripada wanita berkenaan dan sedang menyiasat kes itu.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad