• Semasa

    'Kes salah pilih mangsa...'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    'Kes salah pilih mangsa...' TINDAKAN pantas seorang lelaki menghalang motosikal ditunggang penjenayah yang meragut rantai emasnya, membawa kepada penahanan lelaki berkenaan di Jalan Tun Sambanthan, di Kuala Lumpur, semalam.


    'Kes salah pilih mangsa...'


    Dalam kejadian 1.40 tengah hari itu, mangsa berusia 38 tahun dikatakan sedang berdiri di tepi sebuah kereta yang diletakkan di kawasan berkenaan sebelum dihampiri suspek yang menunggang motosikal.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Arifai Tarawe berkata, suspek yang datang dari arah belakang bertindak meragut rantai leher mangsa sebelum memecut motosikal ditunggangnya.

    “Bagaimanapun, mangsa mengejar suspek dan berjaya menghalang motosikal ditunggang lelaki terbabit. Motosikal itu kemudian terjatuh berhampiran lokasi kejadian.

    “Orang ramai yang berada di lokasi kejadian kemudian membantu mangsa menahan suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Arifai berkata, suspek berusia 33 tahun itu kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

    "Laporan berhubung kejadian itu dibuat di Pondok Polis NU Sentral.

    "Siasatan kes ini masih dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

    Beberapa rakaman video kejadian itu turut tular di media sosial, sejak semalam.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad