• Semasa

    'Nak jadi polis ke penyamun?'





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    'Nak jadi polis ke penyamun?'. BEKAS pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, Sarawak, dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap tuduhan melakukan rompakan menggunakan parang terhadap seorang lelaki, Januari lalu.


    'Nak jadi polis ke penyamun?'


    Mohd Kasmuri Abd Aziz, 22, dan rakannya Izulhelmie Ismail, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Syed Abdullah Syeh Al Sagoff, 47, menggunakan parang dengan mengambil dua telefon bimbit bernilai lebih RM4,000.

    Kesalahan dilakukan di kedai makan di sebelah stesen minyak Machang pada 8 malam, 31 Januari lalu.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Firdaus Zainal Abidin.

    Terdahulu, Siti Hajar tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan serius.

    Bagaimanapun, Mohd Firdaus memohon jaminan dibenarkan dengan mengambil kira anak guamnya sudah ditahan reman selama 30 hari.

    Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 4 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

    Akhbar NSTP sebelum ini melaporkan selepas enam minggu ‘lolos’, seorang pelatih konstabel di PULAPOL Sarawak, Padawan, ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata dan cubaan bunuh.

    Suspek lelaki berusia 20-an itu ditahan pada 2.25 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dengan bantuan PULAPOL Kuching.

    Menurut sumber, suspek kini menjalani latihan rekrut di PULAPOL pada pengambilan baru-baru ini. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad