• Semasa

    Pelajar maut dirempuh pemandu mabuk





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Pelajar maut dirempuh pemandu mabuk. PELAJAR maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh pemandu kereta di Kilometer 27 Jalan Temerloh-Jerantut, dekat Kampung Datuk Shariff Ahmad, Kuala Krau, Temerloh, hari ini.


    Pelajar maut dirempuh pemandu mabuk


    Dalam kejadian 2.50 pagi, mangsa Mohd Aiman Ngatimin, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau maut di tempat kejadian selepas dilanggar dari belakang.

    Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu kereta terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

    Beliau berkata, pemandu terbabit juga turut melanggar dua penunggang motosikal lain menyebabkan dua mangsa itu patah kaki kanan selain luka di beberapa bahagian badan.

    "Kita boleh sahkan pemandu terbabit yang juga anggota tentera memandu di bawah pengaruh alkohol sebelum merempuh tiga motosikal di hadapannya menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia.

    "Ketika kejadian jalan gelap dan jalan mempunyai lorong satu hala ke Jerantut dan satu hala lagi ke Temerloh," katanya dalam satu kenyataan media di Temerloh, hari ini.

    Katanya, mayat pelajar itu dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk tindakan lanjut.

    Beliau berkata, keterangan pemandu berusia 29 tahun itu sudah diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad