• Semasa

    Tiket final AFF Malaysia vs Vietnam? Lupakan ja lah...





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tiket final AFF Malaysia vs Vietnam? Lupakan ja lah... PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini, meminta peminat bola sepak negara yang berhasrat ke Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi membeli tiket final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam, supaya melupakan hasrat mereka.


    Tiket final AFF Malaysia vs Vietnam? Lupakan ja lah...


    Ini kerana kata Setiausaha Agung FAM Stuart Michael Ramalingam, selepas mengambil kira barisan penyokong yang beratur sejak malam semalam di kaunter tiket A dan E di stadium itu sudah mengelilingi stadium, kesemua 40,000 tiket yang diperuntukkan hari ini akan habis dijual dalam masa singkat.

    “Justeru, FAM sekali lagi berharap tiada lagi tambahan penyokong yang akan hadir ke Stadium Nasional, pagi ini kerana ia hanya akan menyebabkan anda pulang dengan rasa kecewa,” katanya dalam kenyataan.

    Katanya, FAM amat menghargai sokongan peminat tempatan terhadap Harimau Malaya pada aksi pertama final berkenaan namun hanya 80,000 keping tiket disediakan.

    Untuk rekod, sebanyak 40,000 tiket yang dijual dalam talian pada Jumaat dan semalam, habis dalam masa singkat.

    “Bagi penyokong yang sedang beratur di Stadium Nasional ketika ini, saya sedang berbincang dengan pihak polis untuk penyediaan bantuan keselamatan apabila proses penjualan tiket bermula nanti supaya tidak berlaku kekecohan atau sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.

    Beliau memaklumkan kaunter jualan tiket yang sepatutnya dibuka 10 pagi akan diawalkan kerana FAM prihatin dengan keadaan penyokong yang sudah berbaris sejak malam tadi.

    Malaysia mencatat keputusan agregat seri 2-2 menentang Thailand pada aksi separuh akhir namun mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

    Vietnam pula menempah tiket ke final setelah mencatat kemenangan agregat 4-2 ke atas Filipina pada satu lagi aksi separuh akhir kejohanan yang menggunakan format timbal balik itu. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad