Status 'J' Buat Datuk Seri Vida Bawa Diri

Status 'J' Buat Datuk Seri Vida Bawa Diri - Masih lagi terkesan dengan status janda selepas bercerai untuk kali ketiga, Datuk Seri Hasmiza Othman telah membawa diri ke luar negara bersama dua anaknya.

Status 'J' Buat Datuk Seri Vida Bawa Diri

Jutawan kosmetik yang lebih mesra disapa Datuk Seri Vida (DSV) memberitahu mStar Online bahawa beliau mahu menenangkan fikiran selain memulihkan semangat selepas gagal dalam perkahwinan yang hanya kekal kira-kira tiga tahun itu.

Status 'J' Buat Datuk Seri Vida Bawa Diri


"Saya berada di luar negara bersama Cik B (Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin) dan Kacak (Muhammad Eric Zacquan) ... mahu tenangkan fikiran," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online.

Ditanya mengenai lokasi percutian beliau, Hasmiza bagaimanapun mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai perkara itu.

"Biarlah rahsia," katanya.

Ahli perniagaan itu akan berada di luar negara selama 10 hari.

Pada 7 April lalu, Mahkamah Syariah Ipoh mengesahkan Vida dan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin bercerai talak satu.

Ia membawa pengakhiran kepada hubungan perkahwinannya dengan Fairuz, 39, yang terbina sejak bernikah pada Januari 2014.

Sumber rapat dengan Vida memberitahu mStar Online bahawa Vida kini berada di China atas urusan perniagaan dan pada masa sama bercuti bersama keluarganya.

"DSV sekarang ada di China. Dia pergi ke sana untuk urusan perniagaan dan bercuti sekali dengan Kacak dan Cik B. Selepas ini kami mungkin akan bercuti bersama ke Jepun atau Iceland," kata sumber itu.

Menurut sumber, Vida masih bersedih dengan perpisahan itu kerana beliau tidak menjangkakan perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

"DSV sudah beri kasih sayang dan kemewahan tapi tak sangka ianya berakhir begitu," katanya. - mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih Resepi Nasi Briyani Ayam Mudah Dan Ringkas, Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan Harian dan Sebulan, Air Nabeez Manfaat Infused Water, Semakan Permohonan Bantuan Anak Selangor, Hadiah Anak Selangor, Semakan Blacklist PTPTN Online, APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid, Belajar Forex Dengan Mudah, Borang Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara,
0 Komen untuk "Status 'J' Buat Datuk Seri Vida Bawa Diri"