• Semasa

    "Tegur sikit dah menangis, apa kena dengan suami aku ni??"





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    "Tegur sikit dah menangis, apa kena dengan suami aku ni??"

    "Tegur sikit dah menangis, apa kena dengan suami aku ni??" - Salam admin, hari ini tiba-tiba rasa macam nak kongsi cerita saya isteri dan suami

    Ceritanya saya dan suami keluar pergi bungkus makanan. Saya dan suami suka makan ayam, jadi suami tolong belikan makanan. 

    Sampai saja di rumah, saya pun siapkan semua makanan kami. Ada dua ketul ayam, satu bahagian paha dan satu lagi bahagian tight. Saya ambillah bahagian paha. 


    "Tegur sikit dah menangis, apa kena dengan suami aku ni??"


    Kebetulan pula suami pada masa itu tengah oncall, jadi saya makan ayam dulu. Selepas itu, tiba-tiba suami menjerit, 

    "Kenapa ambil ayam papa?!" 

    "Kan ada lagi satu tu?" kata saya. 

    Ya Allah, pasal bahagian paha ayam goreng dia yang saya ambil dan makan, dia boleh menangis. Sampai dua hari tak nak bertegur dengan saya. 

    Asal balik saja, mesti dia nak menangis. Tak tahu kenapalah dia sensitif sangat sampai saya pula yang rasa pelik sangat dengan perangai dia pada masa itu. 

    Pernah sekali saya membebel tentang bilik game dia berselerak. Dia menangis macam disebat, dimarah bagai. Padahal saya cuma cakap saja. Ya Allah, saya punyalah geram, sensitif dia lain macam. 

    Rupa-rupanya suami ada alahan. Perangai ibu mengandung yang dia dapat. Patutlah dia asyik nak badmood dan sensitif. Rupa-rupanya saya disahkan mengandung sudah tiga minggu. Patutlah lain macam saja perangai suami. 

    Saya okay saja, tiada alahan atau apa-apa. Tetapi suami yang lebih. Harap-haraplah tak berpanjangan, jenuh saya nak pujuk dia smeula. 

    Alhamdulillah rezeki Allah bagi kami setelah 6 tahun berkahwin. Tak putus-putus berdoa untuk dapat anak, akhirnya Allah kabulkan juga. Doakan saya agar sihat sentiasa dan juga baby sulung kami. 

    Dari Kisah Rumah Tangga

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad