• Semasa

    SAYU !! Maafkan mama sayang .. Percutian berdarah anak 3 tahun maut di rempuh van di Pasar Malam (4 Gambar)





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    SAYU !! Maafkan mama sayang .. Percutian berdarah anak 3 tahun maut di rempuh van di Pasar Malam (4 Gambar)CAMERON HIGHLANDS : Mereka sekeluarga sedang bercuti dan berada dalam keadaan mood gembira membeli belah di Pasar Malam Golden Hill, namun tidak diduga itu lah detik hitam buat Puan Ynra Adnan dan suami Mustaffa Kamal.

    SAYU !! Maafkan mama sayang .. Percutian berdarah anak 3 tahun maut di rempuh van di Pasar Malam (4 Gambar)

    Puan Ynra di kata kan bersama anak nya sedang memilih barang permainan di sebuah gerai di pasar malam itu sebelum di langgar van terbabit.
    Akhbar melaporkan seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun maut manakala dua wanita cedera selepas dilanggar sebuah van yang merempuh beberapa buah gerai di Pasar Malam Golden Hill, Cameron Highlands, malam tadi.



    Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A. Hamid  berkata, kanak-kanak itu dikenali sebagai Adra Mustaffa Kamal dari Kampung Tenglu Laut, Mersing, Johor meninggal dunia di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
    Katanya, kejadian berlaku pada kira-kira  9.45 malam semasa kanak-kanak itu bersama-sama ibu bapa serta dua beradiknya sedang memilih barang permainan di sebuah gerai sebelum dilanggar kenderaan terbabit.
    “Seorang peniaga lelaki berumur 30 tahun  yang mahu pulang daripada berniaga menekan pedal minyak kenderaannya dengan kuat supaya pelanggan memberi laluan kepadanya.
    “Secara tiba-tiba van tersebut terus laju ke hadapan lalu melanggar beberapa buah gerai dan juga beberapa orang di pasar berkenaan termasuk si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.
    Hasadid berkata, dua wanita yang mengalami patah kaki dan cedera di kepala masing-masing dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom dan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.
    Katanya, pemandu van itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan ditahan untuk siasatan.
    Semoga Puan Ynra dan suami tabah dengan dugaan ini, kecuaian pemandu van terbabit menyebabkan anak mereka dijemput ajal semoga kes ini disiasat agar kematian anak mereka terbela. Al fatihah 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad