• Semasa

    Tahniah !! Lagu Negaraku Berkumandang Di Bumi Sepanyol





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Tahniah !! Lagu Negaraku Berkumandang Di Bumi Sepanyol - Kuala Lumpur: Pelumba Moto 2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya muncul juara di aksi sulung Kejuaraan FIM CEV 2017 di Litar Albacete, Sepanyol hari ini.


    Dia yang bersaing atas tiket wildcard dalam kelas Moto2 berjaya mengulangi pencapaian 2013 apabila juara di Litar Navarra dan Valencia.

    Hafizh atau terkenal dengan nama gelaran Pecsao (ikan kecil) melintasi garisan penamat dengan catatan masa 31 minit 13.926 saat, mengetepikan Hector Garzo (Team Wimu CNS) di tempat kedua, manakala kedudukan ketiga diraih Augusto Fernandez (Easyrace M2).

    Pelumba Petronas Raceline itu kembali menyertai FIM CEV walaupun sudah bersaing di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) kerana mahu mempunyai lebih masa menyesuaikan diri dengan jentera Kalex. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad