'Pulang segera Jho Low'

'Pulang segera Jho Low'. AHLI Perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dikehendaki pulang ke tanah air oleh Tun Daim Zainuddin untuk membantu siasatan syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



'Pulang segera Jho Low'

Daim yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan menegaskan Jho Low ada individu terpenting dan utama bagi membantu siasatan 1MDB.

Beliau juga mengakui tahu dimana Jho Low berada ketika ini.

“Saksi terpenting sudah semestinya Jho Low.

“Saya tahu di mana dia dan saya mahu dia pulang untuk bantu saya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, hari ini.

Ditanya adakah kerajaan berkemampuan menangkap individu yang terbabit dengan skandal 1MDB, Daim menegaskan di negara ini undang-undang memainkan peranan utama.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, sesiapa sahaja yang bersalah akan diheret sehingga terbukti kesalahan mereka.

“Kita mesti patuh dan ikut lunas undang-undang. Kita berjanji akan heret mereka ke muka pengadilan.

“Akan ada siasatan sesuai. Kita akan tentukan kes berkenaan dan mereka akan didakwa di mahkamah. Ketika itu, mereka akan pertahankan diri mereka.

“Sekiranya peraturan atau undang-undang gagal sabit kesalahan, dia akan dilepaskan. Ini termaktub kepada semua pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya. - myMetro

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top