• Semasa

    Dua perompak tumpas





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Dua perompak tumpas. DUA penjenayah maut manakala seorang lagi cedera ditembak anggota polis sejurus merompak kedai emas di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya, Petaling Jaya, hari ini.


    Dua perompak tumpas


    Dalam kejadian 5 petang tadi, tiga lagi penjenayah diberkas sepasukan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian berlaku apabila sekumpulan enam penjenayah merompak kedai emas di pusat beli belah berkenaan.

    Menurutnya, suspek memakai topi keledar tutup penuh muka itu dikatakan bersenjatakan tukul besi dan pistol.

    "Seorang suspek kemudian meluru masuk ke dalam premis sebelum mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan.

    "Dalam masa sama lima suspek yang lain terus meluru masuk ke dalam premis dan memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan tukul besi," katanya.

    Menurutnya, suspek kemudian memasukkan barang kemas itu ke dalam beg sebelum melarikan diri melalui lobi pusat beli belah itu.

    "Pada masa sama sepasukan anggota D9 IPK Selangor segera menuju ke pusat beli belah itu sejurus menerima laporan .

    "Pihak polis kemudian terserempak suspek cuba melarikan diri dengan menaiki tiga motosikal.

    "Polis cuba mengejar suspek yang nekad melepaskan tembakan ke arah anggota polis. Susulan itu pihak polis terpaksa membalas tembakan menyebabkan dua penjenayah mati di lokasi kejadian," katanya.

    Menurutnya, seorang lagi penjenayah cedera terkena dua das tembakan manakala tiga lagi penjenayah berjaya diberkas polis.

    "Siasatan awal polis percaya kumpulan penjenayah samun kedai emas terbabit aktif melakukan rompakan di beberapa negeri terutama di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

    "Polis berjaya menemui semula barang kemas dilarikan penjenayah selain merampas dua pistol dan senapang patah dibawa penjenayah.

    "Polis bagaimanapun percaya ada di antara suspek berjaya melarikan diri. Usaha memburu penjenayah sedang giat dilakukan," katanya.

    Beliau pada masa sama memuji tindakan cekap polis yang berjaya menumpaskan penjenayah sambil mengambil kira keselamatan orang awam di lokasi kejadian. - myMetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad