Punca Toreh Muka Kekasih

Punca Toreh Muka Kekasih. Berang hubungan diputuskan teman wanita,seorang remaja tergamak menganiaya teman wanitanya sendiri menggunakan pisau di Bireun, Aceh.


Punca Toreh Muka Kekasih


Lebih mengejutkan lagi apabila suspek turut merampas harta milik mangsa berupa wang,Hp dan motorsikal milik mangsa juga dibawa lari.

Dalam kejadian yang berlaku semalam,mangsa yang dikenali sebagai Firda Maisura (18) ditemukan pertama kali oleh orang awam terbaring berlumuran darah di tepi jalan Desa Beunyot kira-kira jam 9 malam tadi.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dirujuk kehospital untuk mendapat rawatan sebelum orang orang awam mengadukan kejadian kepada pihak polis

Bagaimanapun pagi ini pihak polis yang meminta keterangan, mangsa mengaku di aniaya oleh kekasih yang tidak mahu berpisah dengannya.

“:Pada malam kejadian saya hendak keluar membeli barang,ditengah jalan dia memberhentikan saya dengan alasan mahu berbincang hubungan kami tapi saya menolak.

Dia kemudian bertindak kasar dengan menarik tangan saya hingga terjatuh,saya cuba melawan kemudian dia mengeluarkan pisau dan terus menorek muka saya,lepas itu saya tidak ingat apa-apa lagi katanya.

Sejurus itu pihak polis juga turut meminta keterangan rakan-rakan suspek yang melarikan diri selepas kejadian. - eberita

Artikel The Viral News Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top