Dua beranak lemas banjir di Kulim. KULIM: Seorang lelaki dan anak perempuannya lemas selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir yang melanda kawasan sekitar Sungai Kob di sini, lewat malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Johari Bakar, 57, dan anaknya Nur Suri Danila Johari, 14.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 12 tengah malam di Kampung Baru, Sungai Kob ketika hujan lebat yang mengakibatkan air dari sungai itu melimpah ke rumah penduduk.
Mayat anak Johari, Nur Suri Danila ,14, ditemui pada jam 8.40 pagi di Kampung Sungai Kob kira-kira satu kilometer dari rumah mereka di Kampung Baru. - Foto Omar Osman
Difahamkan ketika kejadian, Johari bersama isterinya, Che Yang Ton, 53, dan Nur Suri Danila sedang mengalihkan kereta yang diletakkan di depan rumah mereka.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dihanyutkan arus deras bersama kereta PROTON Saga terbabit.

Difahamkan, Che Yang berjaya diselamatkan penduduk kampung, manakala Johari dan Nur Suri Danila dihanyutkan hingga ke Sungai Kob.
Mayat Nur Suri Danila ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pada jam 8.40 pagi tadi di Sungai Kob, manakala mayat bapanya dijumpai kira-kira kurang dua jam kemudian.
Dua beranak lemas banjir di Kulim

No comments