• Semasa

    Selepas Anwar di bebaskan ini kenyataan berani mati Saiful Bukhari





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Selepas Anwar di bebaskan ini kenyataan berani mati Saiful Bukhari | Saiful Bukhari Azlan, mangsa liwat bekas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibarahim kecewa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad kini mempolitikkan kes liwatnya demi kepentingan politik peribadi.


    Selepas Anwar di bebaskan ini kenyataan berani mati Saiful Bukhari


    Saiful merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir menggesa pembebasan Anwar dari penjara dan menyifatkan pendakwaan dan pemenjaraan pemimpin PKR itu bermotifkan politik.

    “Anwar adalah tahanan politik dan telah menanggung hukuman penjara lebih daripada 34 bulan. Kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan permintaan kami dengan serius dan demi keadilan dan hubungan antarabangsa Malaysia,” kata Dr Mahathir dalam kenyataan bersama peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley.

    Ujar Saiful, Dr Mahathir telah mempolitikkan sebuah kes yang telahpu diputuskan oleh mahkamah. “Saya menggesa Tun mahathir menghormati keputusa mahkamah. Sebagai bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir seharusnya lebih tahu.

    Saya adalah mangsa sebenar TINDAKAN JENAYAH Anwar Ibrahim,” ujar Saiful dipetik kenyataan di Facebooknya. Tegas Saiful lagi, Dr Mahathir telah dibutakan kuasa dan cita-cita politik sehingga sanggup membuang segala prinsip yang diperjuangkan selama ini.

    “Pada Oktober 2014, Tun Mahathir menzahirkan simpatinya kepada saya sebagai mangsa (Anwar) apabila saya menziarahinya di pejabat Yayasan Perdana, bersama isteri dan anak saya yang baru lahir. “Benarlah didalam politik, tiada kawan sebenar atau musuh, yang ada hanyalah minat.

    Namun dek kerana kepentingan, boleh menjadikannya lebih buruk, menodai keadilan atau kebenaran jika lebih berkuasa,” katanya. Anwar pada Februari 2015 dipenjarakan selepas Mahakamah Rayuan mengekalkan pertuduhan liwatnya ke atas Saiful.

    Pemenjaraan pengasas PKR dan gerakan reformasi anti-Mahathir itu adalah kali kedua selepas kali pertama diatas tuduhan sama pada 1998. Kini, Dr Mahathir bersama Pakatan Harapan berusaha untuk membebaskan Anwar bagi membolehkan pemimpin PKR itu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
    – mD

    BIODATA RINGKAS SAIFUL BUKHARI

    Saiful Bukhari Azlan (lahir 6 Julai 1985) merupakan bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis bahawa dia diliwat oleh bekas Ketua Pembangkang itu pada 29 Jun 2008.

    Beliau dilahirkan pada 6 Julai 1985 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik kepada ibu bapanya Azlan Mohd Lazim dan Allahyarhamah Halina Mohd Alip (1962-2004). Ibunya, Halina merupakan seorang pelakon dan model yang terkenal pada era 1980an dan meninggal pada Julai 2004 kerana kanser payudara.

    Saiful seorang pelajar yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

    Saiful Bukhari yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya pada 2007. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saiful dilihat mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

    “Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN,” kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

    Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak mengakui gambar Saiful bersamanya diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari 2008 bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.

    Dia mengaku tidak menamatkan pengajiannya walaupun pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti itu, setelah berasa malu apabila mendapat keputusan peperiksaan yang teruk.

    Selepas berhenti belajar di Uniten, Saiful menjadi sukarelawan di pejabat PKR di Petaling Jaya membantu (pembantu khas) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara tugasnya ialah mengatur pertemuan sulit dengan Ahli Parlimen yang ingin melompat parti. Pertemuan diadakan di Kondominium Desa Damansara.

    Pasport antarabangsa Saiful membuktikan beliau pernah mengikut Anwar Ibrahim ke luar negara termasuk ke Hong Kong (awal Mei 2008), Bangkok (hujung Mei 2008) dan Singapura (16 dan 18 Jun 2008). Saiful juga membantu ketua kakitangan, Ibrahim Yaacob menguruskan jadual Anwar.

    Saiful rajin menulis blog iaitu di blog percuma Saiful dan artikel “Saiful Dakwa Atur Pertemuan Anwar Dengan Anggota Parlimen Yang Ingin Lompat Parti” ditulis pada 1 Ogos 2008.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad