• Semasa

    5 Pemimpin UMNO Yang Paling Biadap Dengan Tun Mahathir, No 5 paling melampau





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    5 Pemimpin UMNO Yang Paling Biadap Dengan Tun Mahathir, No 5 paling melampau. Zahid Hamidi (Parlimen Bagan Datoh-Perak) menghina Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Ketua Jabatan Pendaftaran Negara berikan pada dia maklumat sulit berkaitan nama Tun iaitu Mahathir A/L Iskandar Kutty.


    5 Pemimpin UMNO Yang Paling Biadap Dengan Tun Mahathir, No 5 paling melampau


    Betapa biadapnya puak2 UMNO dan BN sekarang ini. bila tak boleh tahan dengan pengaruh Tun, mula menghina orang sesuka hati. Mufti2 Negara serta ularmak2 UMNO juga sudah disuap dengan DEDAK sehingga tak boleh menegur dan membiarkan pemimpin2 seperti ini semakin kurang ajar .!!

    Dibawah Perkara 126, Seksyen 230, Zahid Hamidi selaku TPM, Menteri KDN serta ahli UMNO dan Wakil Rakyat di Parlimen Bagan Datoh boleh dikenakan hukuman kerana melakukan penghinaan keatas Pengerusi Pakatan Harapan ‘Tun Dr Mahathir Mohamad ‘ yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, termasuk Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang tertakluk dibawah Akta Rahsia Rasmi Negara 1972.

    Jika silap hari bulan, Zahid Hamidi serta UMNO boleh dikenakan denda fenalti jika pengadu iaitu tertuduh “Tun Dr Mahathir Mohamad ‘ membuat laporan kepada pihak berkuasa dan disaman beratus juta ringgit.,

    Digesa semua pucuk2 pimpinan Pakatan Harapan terutamanya ahli PPBM digesa membuat laporan polis keatas Zahid Hamidi yang melakukan penghinaan ini…


    Ini Respons Mahathir Terhadap Penghinaan Zahid Hamidi



    2) Nazri Aziz
    Image result for nazri hina tun mahathir

    Nazri hina Dr Mahathir umpama pesakit kusta
    Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini semakin takut untuk didekati mana-mana pihak, seumpama pesakit kusta, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

    Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, Dr Mahathir dilihat membawa liabiliti kepada parti pembangkang lain dalam usaha mereka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

    “Dr Mahathir umpama orang ‘leprosy’. Orang takut nak dekat dengan beliau. Saya jelaskan kenapa Dr Mahathir liabiliti kepada pembangkang, sebab beliau tidak boleh menyertai parti pembangkang lain.

    “Beliau tidak boleh sertai PKR, DAP, PAS atau Amanah. Kenapa beliau perlu tubuhkan partinya sendiri? Dari sini, saya boleh simpulkan yang beliau tidak boleh diterima parti lain,” katanya dalam temubual eksklusif bersama FMT.

    Bekas perdana menteri yang mentadbir kerajaan selama 22 tahun itu kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas memutuskan keluar Umno.

    Perjuangan Dr Mahathir menentang Najib kini semakin jelas apabila beliau turut turun dalam 2 siri himpunan Bersih dan yang terbaru adalah Bersih 5 pada 19 November lalu.

    Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, penyokong dan pemimpin parti pembangkang sendiri tidak yakin dengan hasrat Dr Mahathir untuk bersama dalam perjuangan mereka ekoran bimbang bekas presiden Umno itu mempunyai agenda peribadi.

    “Bila beliau menjadi liabiliti, beliau hadiri (program), orang dan pembangkang tidak seronok sebab Dr Mahathir diibaratkan seperti satu sumpahan.

    “Beliau nak sertai (program), tetapi orang akan fikir beliau tidak akan membantu. Pakai baju Bersih, orang hanya gelak. Ia lebih kepada komedi berbanding membantu perjuangan mereka.

    “Disebabkan itu, saya percaya penyokong tidak ada di situ (sertai Bersih 5), sebab mereka rasa Dr Mahathir akan datang dan gunakan demonstrasi itu untuk kepentingan diri sendiri. Sebab itu jumlah tidak seperti dijangka,” katanya.

    Malah, ahli Parlimen Padang Rengas itu menegaskan dalam diri Dr Mahathir kini hanyalah sifat marah ekoran cubaannya selama 2 tahun menjatuhkan Najib masih tidak berjaya.

    “Selama 2 tahun beliau cuba menjatuhkan Najib tetapi ahli Umno dan rakyat masih tidak boleh percayakannya. Najib masih di situ (kekal). Jadi kita boleh katakan beliau hanyalah orang tua yang marah.

    Masa kini tidak memihak kepadanya dan disebabkan itu beliau terdesak,” katanya. – Free Malaysia Today

    3) Salled Said Keruak

    Kami Boleh Roboh KLCC – Salleh
    PETALING JAYA: Kerajaan dengan mudah boleh menghapuskan legasi Tun Dr Mahathir Mohamad dengan merobohkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) jika mahu, demikian menurut Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

    Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bekas perdana menteri itu bahawa kerajaan mahu memadamkan legasi beliau dengan membunuh idea pengeluaran kereta nasional iaitu Proton.

    Salleh berkata jika dakwaan berkenaan adalah benar, terdapat banyak warisan lain Dr Mahathir yang mungkin telah dipadamkan.

    “Jika kerajaan mahu menghapuskan legasi beliau, sudah tentu KLCC turut dirobohkan.
    “Namun kerajaan hari ini berpaksikan kepada rakyat didahulukan iaitu membangunkan kemudahan yang dapat memanfaatkan rakyat secara keseluruhan dan bukan segelintir golongan sebagaimana berlaku di era pentadbiran beliau,” kata Salleh menjawab catatan blog Dr Mahathir seperti yang dilaporkan portal bnbbc.com.

    Dr Mahathir mendakwa kerajaan sedang cuba untuk memadamkan namanya daripada Proton dengan menghalang kakitangannya daripada menjalin sebarang kerjasama dengan penyokongnya.

    “Mereka tidak boleh mengaitkan nama saya dengan Proton. Ia perlu dijual 100 peratus kepada warga asing supaya industri automotif tempatan boleh dihapuskan.

    “Hanya kereta yang diimport akan dibenarkan dijual di Malaysia. Mereka tidak mahu apa-apa dikaitkan dengan saya. Mereka lebih suka melihat industri ini musnah asalkan0 Najib gembira,” katanya Dr Mahathir.

    Walaupun Salleh mengakui bahawa Dr Mahathir telah memainkan peranan yang penting dalam Proton, beliau menafikan bahawa kerajaan mempunyai niat untuk menamatkan industri kereta tempatan.

    Beliau berkata kerajaan memberikan suntikan pinjaman sebanyak RM1.5 bilion kepada Proton pada April lalu.

    Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton Mac lalu.

    APA Najib buat semua betul,” Tun M bidas Salleh
    Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Seri Salled Said Keruak kerana mencadangkan jika kerajaan mahu memusnahkan legasi bekas perdana menteri, mereka akan meruntuhkan bangunan ikonik KLCC.

    “Apalah salah saya? Saya angkat dia jadi Ketua Menteri Sabah dulu masa saya perdana menteri. Tetapi sekarang dia marah kepada saya. Dia nasihatkan kerajaan supaya jangan ada legasi Dr Mahathir. Kita hapuskan, cara nak hapus, kita rebankan KLCC.

    “Pasal apa KLCC sahaja? Jabatan Perdana Menteri pun dulu saya buat, rumah perdana menteri pun saya buat juga. Rebanlah semua itu, buang Putrajaya, Cyberjaya, KLIA semuanya.

    “Takut orang ingat saya, saya tak suruh orang ingat saya,” kata Dr Mahathir semasa ceramah mega Amanah di Shah Alam malam semalam.

    Video ucapan beliau dimuat naik di laman Facebook AMANAH GHB Media TV.
    Mahathir berkata mereka yang berkuasa takut bahawa rakyat akan mengenang segala sumbangannya sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

    Tapi kini..selepas kekalahan teruk BN, Inilah Kata2 Salleh Keruak Yang Ditunggu2 Oleh Rakyat Malaysia Selepas Kekalahan Teruk BN!

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai sesuatu “yang tidak mudah untuk diterima dan pastinya sangat menginsafkan”.

    Dalam catatan di blognya hari ini beliau juga berkata ia juga membuatkan seseorang itu untuk bermuhasabah dan terus bertenang ketika berdepan kekalahan.

    Salleh: Kekalahan saya sangat menginsafkan
    “Pada 9 Mei 2018, rakyat bersuara dan kita harus mematuhi kehendak rakyat dalam semangat ‘suara rakyat adalah suara keramat’,”catat beliau.

    Salleh juga berkata dalam politik tidak ada kuasa yang lebih hebat daripada kehendak rakyat, dan mereka (calon pilihan raya) harus terima apa jua keputusan.

    Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengizinkan beliau berkhidmat kepada negara.

    Bekas menteri komunikasi dan multimedia itu kalah kepada calon Parti Warisan Sabah, Isnaraissah Munirah Majilis @Fakharudy dalam pertandingan 4 penjuru bagi kerusi Parlimen Kota Belud.
    Dalam catatan di blognya, beliau juga berkata

    4) Puad Zarkashi
    Image result for puad zarkashi

    ‘Tun M tak layak’
    KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu menjelaskan muslihat sebenar Pakatan Harapan mengenai pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi, berkata kedua-dua pemimpin pembangkang berkenaan sedia maklum mengenai keadaan ‘fizikal’ dan ‘mental’ Dr Mahathir yang tidak mengizinkan beliau memikul jawatan penting sekali pun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

    “Mana-mana syarikat GLC tidak akan melantik seorang CEO yang diketahui sudah masuk Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak 47 kali dalam tempoh 39 bulan.

    “Jika mereka terus lantik seorang yang ada masalah kesihatan, maka prestasi syarikat itu akan terjejas,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

    Puad berkata, syarikat juga akan bankrap jika dipimpin Dr Mahathir selepas beliau berulang kali terlupa apa yang diperkatakan atau dilakukan terdahulu.

    “Terbaru dalam sidang akhbarnya, Dr Mahathir kata akan hapuskan semua akta, termasuk Akta Hasutan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sedangkan semua akta itu wujud dan disalahgunakan olehnya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

    “Bahkan ada kalanya dia menoleh ke belakang meminta ahli parlimen DAP membantunya untuk menjawab kerana agak keliru dan tidak ingat butiran,” katanya.

    Puad juga yakin pelantikan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah satu muslihat politik oleh Kit Siang.

    5) Jamal Md Yunos aka Jamal Jamban
    Image result for jamal md yunos

    Jamal umpamakan Tun Mahathir Iblis
    Untuk pengetahuan pada 21 Jun 2017 selepas pulang daripada mengerjakan umrah, Ketua Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengadakan sidang media berkenaan Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat berkait 1MDB.

    Jamal memulakan sidang media itu dengan menyampaikan tazkirah asal-usul kejadian Nabi Adam A.S dan mengaitkan penanggguhan laknat Allah terhadap iblis dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

    “Allah tangguh laknat terhadap iblis sehingga hari kiamat, begitu juga seorang lagi manusia diberi penangguhan iaitu Mahathir Mohamad. Sebab itulah umur beliau panjang sehingga 91 tahun dan masih lagi berupaya melakukan kerja-kerja seperti iblis – Inilah manusia berwatak dajal sebelum dajal sebenar muncul ke dunia ini,” katanya lapor portal MalaysiaGazette.

    Jamal mengecam tindakan Tun Mahathir yang didakwa kononnya bersubahat dengan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak.

    Nota Ana Ghoib: Pertama hendak ditegur [gambar] Jamal tidur buka kopiah jangan memakai kopiah nampak di belakang kepala umpama meniru cara Yahudi atau seperti songkok Pak Pandir.

    Kedua hendak dicakap demam itu – menurut hadis adalah antara bahang-bahang panas api neraka disampaikan kepada manusia dan menurut riwayat Abu Hurairah r.a suka kepada demam sebab ia menjalar ke seluruh badan dan menjadi penasihat yang baik baginya.

    Jamal yang kaya AP tercipta dari zaman Mahathir kepada era Najib masih tak insaf ketika berniat mahu meludah tangan Tun Mahathir di Sg Kapar Indah, Kapar – 2 minggu selepas itu hidungnya berdarah ditumbuk polis di Kuala Lumpur.

    Janganlah berpolitik melampau-lampau benci sedangkan mungkin ia baik bagi kamu atau sebaliknya sedang Mahathir cuma mahu Najib turun secara sukarela atau melalui PRU -mengapa tergamak membabitkan iblis laknat Allah sampai tak terfikir laknat kena pada diri sendiri?

    Berpada-padalah berpolitik [political animal] jauh dalam hati kamu tahu betul apa yang dicakapkan orang tua Mahathir tetapi kerana kepentingan dunia kamu kelabu mata.

    Jamal menuduh Mahathir umpama melakukan kerja-kerja Iblis? Cuba bayangkan jika tidak ada pendedahan WSJ dan DOJ bermakna wang yang lesap menjadi hutang itu dianggap cuma kesilapan bijak perniagaan lalu dibebankan kepada negara serta rakyat.

    Kalau begitu Mahathir iblis yang bekerja untuk Nabi Sulaiman mencari mutiara berharga di dasar lautan tetapi tidak! dia Mahathir manusia biasa yang melakukan kebaikan bekerja untuk negara penegak keadilan-kebenaran namun cuma manusia berhawa syaitan sahaja yang tidak senang lalu melaknat orang tua yang berusaha malah menyiasat isterinya pula.

    Yang pasti di dalam Al Quran Allah melaknat kaum Yahudi kerana menyembunyikan kebenaran dan memutar belitnya sedangkan Bani Melayu kepada Ana Ghoib cuma menunggu masa pengadilan akhirat. [Rujuk: Mungkin Jumaat ini..?]

    Melaknat orang tua sendiri menurut Rasulullah SAW ialah apabila kamu melaknat orang tua orang lain dan orang itu membalas melaknat orang tua kamu.

    Kepada yang mulut celupar tunggulah kamu sendiri menggunting lidah dari gunting api neraka atau yang memakan haram [rasuah, riba] diseret dalam neraka hingga terburai isi perutnya.

    Allah berkata kepada Iblis dan manusia umumnya: “Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan hanya perkara yang benar Aku firmankan [Qo’lafal Haqqu wal Haqqo Akul] – (Saad 38:84)
    Bak kata Nabi Isa a.s kepada kaumnya Bani Yahudi. “Engkau tinggalkan kebenaran supaya engkau dapat simpan budaya buruk kalian.”

    Jamal umpamakan Tun Mahathir Iblis kini jatuh sakit


    sumber: sinar harian, malaysiakini, mstar, hmetro

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad