SAYU !! Luahan Hati Othman "Ibu Saya Mati Ditembak Komunis Ketika Sedang Hamil"
KUALA LUMPUR: Hari Pahlawan kali ini membawa seorang ahli perniagaan terkenangkan kejadian ngeri dan sedih apabila ibunya yang sedang hamil ditembak mati oleh komunis dalam insiden di kuaters polis Kuala Krau, Pahang, 67 tahun lalu.
Ahli Perniagaan itu, Othman Mohd Yusoff merupakan sebahagian daripada tetamu pada sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka yang memaparkan semula kisah di kuaters tersebut.
Ketika ditemuramah oleh The Star, Othman, 71, memberitahu, pertempuran antara polis dan komunis itu berlaku pada 9.30 malam, 26 Jun, 1948.
Ketika itu, keluarganya merupakan sebahagian daripada penghuni kuaters berkenaan dan ibunya yang berusia 23 tahun, Mahami Kumel menjadi pejuang yang sedang bertempur dengan 30 hingga 40 komunis.
"Ibu saya yang juga suri rumah telah dilatih menggunakan senjata. Dia terpaksa menggunakan senjata pada malam itu untuk melindungi saya dan abang ketika bapa kami sedang bertempur dengan komunis.
"Dia masih memakai telekung solat ketika mula bertempur dengan komunis," ceritanya. [Baca penuh..]
No comments