• Semasa

    GEMPAR !! Tiga Sahabat Temui Mayat Dalam Longkang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Gambar Hiasan

    Kuala Lumpur – Tiga sahabat yang baru selesai berjoging di Bukit Kiara di sini, gempar apabila menemui mayat seorang lelaki di dalam longkang di kawasan riadah itu, malam kelmarin.

    Dalam kejadian jam 11.50 malam itu, mayat terbabit ditemui tertiarap di dalam longkang berhampiran sebuah pondok pengawal keselamatan.

    Mayat itu ditemui seorang ahli perniagaan berusia 31 tahun bersama dua rakannya yang selesai berjoging di pusat riadah berkenaan sebelum menghubungi polis.

    Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansur berkata, mangsa dikenali sebagai S Govindarajoo, 56, dan dipercayai mati dalam tempoh antara jam 11 hingga 11.50 malam sebelum ditemui.

    Menurutnya, pasukan forensik dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes itu.

    Katanya, polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

    “Polis tidak menemui sebarang kecederaan pada mayat dan ahli keluarganya sudah dihubungi untuk tuntutan,” katanya, lapor Harian Metro.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad