• Semasa

    Sultan Johor Sultan Ibrahim Guna Trak Mack Pada Kembara Mahkota Johor





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    Sultan Johor Sultan Ibrahim Guna Trak Mack Pada Kembara Mahkota Johor

    Johor Baharu – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menggunakan trak jenis Mack milik baginda pada program Kembara Mahkota Johor (KMJ) akan datang.

    Sultan Ibrahim bertitah baginda sudah merancang untuk menjayakan KMJ menggunakan trak tersebut dengan disertai Kelab Trak Johor.

    Sultan-Johor-guna-trak-Mack-pada-Kembara-Mahkota-Johor
    “Trak ini akan bersama Kembara Mahkota Johor akan datang, dengan Kelab Trak Johor sekali,” titah baginda kepada pemberita di sini hari ini.

    Terdahulu, Sultan Ibrahim memandu sendiri trak itu yang baru tiba dari Australia beberapa hari lepas, dari Istana Pasir Pelangi ke sebuah restoran di Danga Bay, di sini.

    Ketika ditanya mengenai reka bentuk trak itu, Sultan Ibrahim bertitah baginda berpuas hati dengan reka bentuk dan sistem pemanduannya memandangkan ia mengikut cita rasa serta keinginan baginda.

    “Saya puas hati pasal saya reka semuanya. Macam bawa (pandu) kereta cuma ia besar sahaja,” titah baginda.

    Sultan Ibrahim bertitah baginda akan meletakkan trak tersebut di bawah Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene di sini malam ini bagi membolehkan rakyat melihat dengan lebih dekat atau bergambar dengan kenderaan terbabit, lapor Bernama.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad