• Semasa

    (5 Gambar) Pelajar UMK Jatuh Gaung Dalam 30 Meter Gara-gara Berselfie Diatas Bukit Keluang





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]

    (5 Gambar) Pelajar UMK Jatuh Gaung Dalam 30 Meter Gara-gara Berselfie Diatas Bukit Keluang

    BESUT : Gara-gara berselfie bagi merakam kenangan pendakian, seorang pemuda nyaris maut apabila terjatuh pada ketinggian 30 meter ketika mendaki Bukit Keluang dekat sini tengah hari ini.

    Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, mangsa Safiuddin Naif Johari, 24, dari Kota Bharu, Kelantan patah pergelangan kaki dan cedera di beberapa bahagian badan. Malah dua orang anggota keluarganya yang berusaha menariknya keluar turut terperangkap di kawasan gaung. 

    Komander operasi mencari dan menyelamat, Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu kira-kira pukul 1.05 petang dan seramai 16 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian. 




    Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih itu lagi, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersama lima ahli keluarga termasuk tunangnya sedang melakukan aktiviti merentas hutan. 

    “Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dikatakan ingin merakam gambarnya sendiri (selfie) menghadap laut berhampiran tebing di atas bukit itu,” katanya. 

    Katanya, bagaimanapun mangsa tergelincir lalu jatuh ke lereng bukit curam itu namun tersangkut pada bahagian bongkahan batu di situ. Menurutnya, sebelum membuat panggilan kecemasan, tunang dan adik perempuan mangsa cuba turun ke bawah tebing itu untuk memberi bantuan dan menyelamat mangsa namun tidak berhasil malah mereka juga terperangkap di lereng itu. 

    “Dua orang yang cuba membantu iaitu kakak mangsa Nor Fatihah, 32, kepenatan sementara tunangnya Nor Nalini Mohamad, 20, mengalami calar-calar sahaja,” katanya. Beliau berkata, anggota bomba dibantu kumpulan pendaki setempat berusaha membawa naik mangsa ke atas tebing menggunakan pengusung dan tali sebelum mangsa berjaya dibawa turun ke kaki bukit itu kira-kira pukul 5.30 petang. 

    Mangsa dan adik perempuannya yang kepenatan dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan dengan dua buah ambulans yang telah sedia menunggu di situ sejak jam 1.15 petang. - UTUSAN ONLINE 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad