• Semasa

    Cimpanzi Terlepas Dari Sangkar Dalam Zoo





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    Cimpanzi Terlepas Dari Sangkar Dalam Zoo


    TOKYO: Sebuah zoo diutara Jepun telah dikejutkan dengan seekor cimpanzi yang memanjat tiang elektrik yang terdapat di dalam kawasan zoo selepas dipercayai terlepas.

    Bagaimanapun, cimpanzi berkenaan telah berjaya ditangkap semula selepas ditembak ubat pelali dan jatuh ke atas selimut yang dipegang puluhan pekerja zoo.

    Cimpanzi jantan dinamakan Chacah ituhanya mengalami kecederaan dan luka ringan, kata pegawai zoo.


    Chacah dilaporkan telah terlepas hampir dua jam pada Khamis lalu selepas hilang dari taman dari Taman Zoo Yagiyama di Sendai.

    Berdasarkan rakaman televisyen, Chacah bertenggek di atas tiang, gelisah dan menjerit kepada pekerja zoo di bawah.

    Selepas ditembak ubat pelali, Chacah telah menarik keluar peluru pelali berkenaan dan akhirnya lama kelamaan dia menjadi lemah.

    Zoo berkenaan ditutup ketika pegawai menyiasat bagaimana ia terlepas. Pegawai zoo mengesan lubang pada pagar dan cimpanzi itu menggunakan ia untuk melepaskan diri. -Siakapkeli.my

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad