Kisah Habil dan Qabil (Burung Mengajar Manusia)
Pada satu hari Nabi Adam mendapat perintah dari ALLAH SWT agar dijodohkan anak-anaknya secara bersilang, iaitu Qabil dikahwinkan dengan kembar Habil dan Habil dikahwinkan dengan kembar Qabil. Qabil tidak menerima perintah dan syariat ALLAH itu kerana kembar Habil tidaklah secantik kembarnya.
Kemudian ALLAH memerintahkan agar kedua anak lelaki Nabi Adam melakukan kurban. Siapa yang kurbannya diterima akan dijodohkan dengan anak yang cantik (saudari kembar Qabil) itu. Habil memberikan kambing biri-birinya yang terbaik, mempersembahkan yang terbaik dari dirinya untuk Allah SWT. Qabil pula hanya mempersembahkan qurban yang terburuk untuk ALLAH SWT. Maka ALLAH tidak menerima qurban Qabil, ALLAH menerima qurban Habil. Turunlah api dari langit menyambar dan menelan kurban Habil. (Pada masa itu tanda zakat atau korban diterima ialah ia akan terbakar apabila diletakkan di padang)
Maidah [27] Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada ALLAH). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): Sesungguhnya aku akan membunuhmu!. (Habil) menjawab: Hanyasanya ALLAH menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.
Pada mulanya Qabil tidak tahu bagaimana cara untuk membunuh Habil. Lalu syaitan mengajar Qabil bagaimana caranya untuk membunuh Habil. Diambilnya seekor burung lalu disembelihnya.
Setelah Qabil membunuh saudaranya ia membiarkan begitu saja mayat adiknya selama 3 hari kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kemudian Allah mengutuskan dua ekor burung gagak untuk mengajar Qabil bagaimana mnguruskan mayat habil.. , keduanya berkelahi hingga akhirnya terbunuhlah salah satu di antaranya. Gagak yang masih hidup kemudian menggali tanah dengan paruh dan kakinya. Setelah selesai, dilemparkannya gagak yang sudah mati itu ke dalam lubang dan ditimbun dengan tanah. Maka, dikuburkanlah saudaranya ke dalam tanah ..
Al-Maidah [31] Kemudian ALLAH hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?. Kerana itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang menyesal.
Akhirnya Qabil melarikan diri ke Farsi (Iran). Qabil ialah orang yang pertama mengasakan pembunuhan yang tidak betul. Dia telah meletakkan asas atau ‘foundation’ kepada pembunuhan secara kejam di muka bumi ini. Dalam hadith disebut, “Siapa yang melakukan pembunuhan secara tidak betul, Qabil menanggung separuh dari dosanya” .
Ibnu Mas’ud berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.” (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
“Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu, mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.” (Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
No comments