SAYU !! Ibu Maut Bayi Parah Tercampak Keluar [10 Gambar]
Satu kemaangan maut yang berlaku di hadapan Smk Ungku Husin Endau ,Telah mengorbankan Seorang Wanita Nor Naza Nazuha Binti Yasin 30 tahun maut.
Info awal yang di terima Punca kemalangan adalah akibat dari pada kereta mazda yang cuba memotong empat buah kereta akan tetapi bertembung dengan waja dari arah berlawanan dalam kejadian kira kira jam 7:58 malam 05.04.2016
Kereta yang dinaiki tiga beranak tersebut berpusing beberapa kali akibat pertembungan hingga salah seorang anak mangsa Nor Naza Nazuha Binti Yasin yang masih bayi berusia 6 bulan tercampak keluar dan mengalami kecideraan teruk pada kepala dan juga bagian tangan,mana kala seorang lagi anak perempuannya yang berusia 8 tahun cidera ringan.
Menurut laporan harian metro hari ini ketiga beranak tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kampung berkenaan selepas melawat ibu bapanya di Taman Rumah Murah, Endau ,di sini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Endau ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan tiba-tiba sebuah kereta Mazda cuba memintas empat kenderaan lain namun gagal lalu bertembung Proton Waja dipandu mangsa.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada 8 malam dan satu jentera membabitkan 10 anggota dan pegawai ke lokasi.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada 8 malam dan satu jentera membabitkan 10 anggota dan pegawai ke lokasi.
“Apabila tiba kira-kira dua minit kemudian, pasukan diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Sulong Khaled menemui tiga beranak itu dalam keadaan parah dengan kaki wanita itu tersepit di tempat pemandu manakala dua anaknya berjaya dikeluarkan orang awam.
“Kami mengambil masa lima minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Endau untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya.
Menurutnya, wanita itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik manakala dua anaknya kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Mersing.
Katanya, pemandu kereta Mazda dipercayai remaja lelaki dikatakan patah kaki kanan.
Keadaan kereta waja yang dinaiki mangsa dan dua anaknya
Keadaan kereta Mazda
No comments