• Semasa

    SAYU !! Inilah Selfie Terakhir Lans Koperal Mohd Nizam Ali Sebelum Maut Kemalangan ((8 Gambar))





    [BACA: Petua Berkesan Rawat Sakit Kepala Dan Angin]


    SAYU !! Inilah Selfie Terakhir Lans Koperal Mohd Nizam Ali Sebelum Maut Kemalangan ((8 Gambar))

    KUALA TERENGGANU: Dua termasuk seorang anggota polis maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda lain di Kilometer 58.5 Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu di sini, awal pagi tadi.

    Dalam kejadian pada jam 3.45 pagi itu, Lans Koperal Mohd Nizam Ali, 26, dari Berek Mawar, Balai Polis Bercham, Ipoh, Perak, dan pemandu Mitsubishi L200 yang juga abang iparnya, Zakaria Mamat, 35, dari Kampung Teluk Rajuna, Tumpat, Kelantan, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

    Seorang lagi abang ipar mangsa, Hanafi Mamat, 47, patah tulang hidung manakala anaknya, Mohd Hanif Hanafi, 18, dilaporkan tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan dalam kepala dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini. Kedua-dua mereka duduk di tempat duduk penumpang belakang. 





    Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Kamaluddin Mohamad, berkata ketika kejadian mangsa dan keluarga iparnya dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu, Kelantan, selepas selesai urusan perniagaan ikan di Kemaman.

    Beliau berkata, nahas dipercayai berlaku apabila sebuah Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun yang datang dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu bertembung dengan kenderaan dinaiki mangsa. Katanya, anggota polis berkenaan meninggalkan seorang balu, Siti Norbaizura Mohamad dan seorang anak lelaki berusia tiga tahun serta seorang anak perempuan berusia setahun. 


    Jenazah Mohd Nizam dan Zakaria dikebumikan di Kampung Kuala Besar, Che Latif, Kota Bharu, Kelantan.-BH

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad